Bakal ‘lari’ bertanding di Parlimen Sik, ini penjelasan Takiyuddin. Desas-desus mengatakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bakal bertanding di Parlimen Sik, hanya sekadar khabar angin.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu apabila ditanya pihak media.
“Nama pun ura-ura (bertanding di Parlimen Sik) jadi ura-ura,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika hadir dalam Program Kesedaran Sistem Amaran Awal Aliran Puing bersama Komuniti Jerai Geopark di Titi Hayun, di sini pada Ahad.
Dalam program sama, Takiyuddin turut menyertai aktiviti penanaman pokok sempena Kempen Penanaman 100 juta pokok di Titi Hayun yang merupakan lokasi tragedi kepala air pada 18 Ogos lalu.
Hadir sama dalam program itu, Exco Industri, Pelaburan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Pengajian Kedah, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail dan Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee.
Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan beliau bakal mewakili Pas dan Perikatan Nasional bertanding di Sik, Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Takiyuddin sebelum ini memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu, Kelantan dengan jumlah undi diterima sebanyak 28,291 dan majoriti sebanyak 5,869 undi mengalahkan calon dari Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat dalam PRU ke-14.
BACA:
Kerajaan beri RM300 untuk bayi baru lahir
Iqbal menangis sebelum tidur fikir soal jodoh selepas putus dengan Vida
Rakaman pengembala diheret lembu sendiri tular di media sosial
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio