“Baju ini saksi suamiku menghalalkan aku depan abah tapi baju ini juga yang bawa malapetaka dalam rumahtangga ku”

Oleh AHMAD SULAIMAN

“SAMPAI saat ini saya mencari-cari apakah salah saya, diperlakukan sehingga sekejam ini,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nana.

Dua tahun menanggung derita didakwa menjadi mangsa sihir individu yang rapat dengannya, Nana berkata dia mula ditimpa pelbagai penyakit misteri sejak mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021.

Sejak itulah dia berulang alik ke hospital untuk merawat penyakit misteri yang dialami.

"Baju ini saksi suamiku menghalalkan aku depan abah tapi baju ini juga yang bawa malapetaka dalam rumahtangga ku"

Perut Nana besar dan mengeras, di mana pada mulanya disahkan sebagai PCOS.

Antara tanda-tandanya seluruh tubuh terasa sakit, perut membesar dan keras, tidak datang bulan selama hampir setengah tahun, tumit kaki terasa dicucuk-cucuk serta perut ngilu seperti senggugut.

Menurut Nana, dia pada mulanya disahkan mempunyai masalah Sindrom Ovari Polisistik atau PCOS yang disangka menjadi punca dia sukar hamil.

Namun penyakit misteri yang dialami terungkai selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam.

“Tanggal 21 Ogos 2023, tarikh ulang tahun perkahwinan, ustaz datang ke rumah… ternyata banyak betul calitan minyak dagu dalam rumah.

“Ingatkan dalam rumah sahaja ada minyak dagu, rupanya di kereta juga penuh..

“Dapat tahu baju kahwin kami juga dicalit minyak dagu. Sampai dalam bilik tidur, katil, cermin mekap penuh calitan. Sanggup hantar katak jadi perantara untuk calit semuanya.

NANA 2

Selain katak, jarum dan paku ini juga keluar daripada tubuh Nana ketika menjalani rawatan bersama seorang ustaz.

“Dan ada tiga ekor haiwan yang menjadi ‘CCTV’. Macam-macam binatang jadi ‘CCTV’ muncul dalam bilik. CCTV ini akan beritahu ‘tuan dia’ pergerakan mangsanya, memang dia akan pantau pergerakan,” kongsinya.

Tambah Nana, perutnya yang membesar serta mengeras adalah disebabkan terkena sihir busung katak.

Lebih mengejutkan, seekor katak, sebatang paku dan beberapa batang jarum turut keluar dari tubuhnya ketika mendapatkan rawatan bersama seorang ustaz.

Tidak sekadar menghidap penyakit misteri, kata Nana, individu tersebut juga membuatkan perniagaan pakaian bundle yang diusahakan musnah.

Sampai dalam bilik tidur, katil, cermin mekap penuh calitan. Sanggup hantar katak jadi perantara untuk calit semuanya.
NANA
NANA 1

Nana bagaimanapun meluahkan rasa syukur terhadap suaminya yang sentiasa berada di sisi selain tidak pernah berputus asa memulihkan penyakitnya.

“Ketika ini saya masih dalam rawatan sebab saya terkena banyak minyak dagu, sihir melalui makanan dan busung.

“Kepada mangsa-mangsa sihir di luar sana, jangan pernah berputus asa untuk berikhtiar. Tiada yang lebih hebat dari Allah.

Nana kini masih menjalani proses rawatan perubatan Islam.

“Semoga orang di luar sana yang bernasib sama seperti saya mendapat kesembuhan. Saya juga harap ramai support bisnes saya lepas ni sama seperti dulu untuk saya kembali bangkit.

“Sekarang saya boleh dikatakan muflis hanya kerana sihir seseorang,” luahnya lagi.

Untuk rekod, perkongsian Nana di laman TikTok menjadi tular sehingga meraih lebih 2 juta jumlah tontonan, malah ramai yang mendoakan agar rumah tangga serta kesihatannya segera pulih.

BACA: “Masa ada suami aku selekeh, tiada masa untuk jaga diri, bila dah dijandakan aku punyai banyak masa untuk melawa, akhirnya bekas suami cari semula”