‘Baik tak payah menang’, Lelaki menyesal jadi kaya selepas menang wang tunai RM14 juta

Oleh JUNITA ABD RAHIM

“Saya rasa lebih baik tidak menang,” ujarnya. “Mungkin tempat ketiga lebih baik,”

Seorang pemenang loteri di India, Anoop, mengakui rasa menyesal selepas memenangi jumlah wang sebanyak 250 juta rupee atau kira-kira RM14 juta pada pertengahan September yang lalu.

Keputusannya untuk berkongsi kemenangan tersebut menyebabkan ramai yang datang ke rumahnya untuk meminjam wang, malah ada yang mengaku sebagai saudara.

'Baik tak payah menang', Lelaki menyesal jadi kaya selepas menang wang tunai RM14 juta

Berdasarkan laporan First Post, Anoop, seorang pemandu dari Kerala, selatan India, memenangi hadiah tunai melalui loteri yang dianjurkan oleh kerajaan tempatan. Setelah kemenangan tersebut, Anoop memuat naik video meminta orang yang tidak dikenali untuk tidak mengganggu dirinya dan keluarganya.

“Saya rasa lebih baik tidak menang,” ujarnya. “Mungkin tempat ketiga lebih baik,” tambah Anoop dalam video tersebut.

Dia juga mengumumkan perancangan untuk berpindah rumah agar dapat mengelakkan perhatian yang tidak diingini.

Menurut laporan media, Anoop membeli tiket loteri dengan menggunakan simpanan anaknya pada 17 September, sehari sebelum dia terbang ke Malaysia untuk bekerja.

Setelah berita kemenangannya tersebar di media, keluarganya menjadi pusat perhatian.

“Saya sangat gembira apabila saya menang,” katanya dalam video terkini. “Ramai orang datang dengan kamera di hadapan rumah, dan kami berseronok,” katanya. Walau bagaimanapun, keadaan menjadi tidak terkawal

. “Saya tidak boleh keluar rumah, saya tidak boleh pergi ke mana-mana. Anak saya sakit dan saya tidak boleh membawanya ke doktor,” kata Anoop.

BACA: “Ular sawa 100kg ditemui di kawasan pembinaan lebuhraya