Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon bakal kembali membuat kemunculan di Malaysia.
Jurulatih berpengalaman ini telah meninggalkan skuad kebangsaan Malaysia pada 15 Julai lalu selepas bersama pasukan negara selama dua tahun empat bulan
Beliau pulang ke Korea Selatan untuk mengambil alih peranan Ketua Jurulatih Ulsan HD,
sebuah kelab yang turut bersaing dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).
Nasib kurang baik menyelubungi Kim Pan-gon apabila Ulsan HD tewas dalam tiga perlawanan pembukaan mereka, semuanya menentang kelab dari Jepun.
Kini, cabaran keempat yang bakal ditempuh adalah menentang kelab Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), dalam aksi ACLE di Stadium Sultan Ibrahim.
Rekod Ulsan HD menentang JDT kurang memberangsangkan, dengan tiga kekalahan daripada empat pertemuan sejak dua tahun lalu, termasuk kekalahan 2-1 di Johor Bahru pada 2023.
Skuad Harimau Selatan kini mengumpul 4 mata selepas tiga perlawanan, mencatat kemenangan 3-0 ke atas Shanghai Shenhua, seri 2-2 menentang Shanghai Port, dan tewas 3-1 kepada Gwangju.
JDT juga menunjukkan prestasi kukuh dalam saingan domestik, terutama ketika beraksi di laman sendiri, yang pastinya memberikan cabaran sukar buat Ulsan HD.
Pertembungan antara JDT dan Ulsan HD dijadualkan berlangsung pada 5 November 2024 jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim.
BACA: Najib Razak diarah membela diri, ini kronologi mudah faham kes 1MDB