Baby Shima dedah DM miang dari seseorang, takut baca

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Penyanyi, Baby Shima mendedahkan sekali lagi menjadi mangsa gangguan seksual selepas

menerima kiriman mesej (DM) berbaur lucah dari seorang budak lelaki tidak cukup umur.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikannya di Instagram, budak lelaki itu dipercayai mengajaknya melakukan perbuatan tidak senonoh.

Baby Shima juga tidak berdiam diri dan membalas mesej yang diterimanya.

“Amboi kau budak kecil. Kecil lagi macam siput sedut pun gatal. Siap kau aku bagitahu mak kau budak kecil siput sedut,” balasnya.

Baby Shima dedah DM miang dari ust, takut baca

Dia juga berkongsi nama akaun serta wajah budak miang itu sehingga menjadi perhatian ramai.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam budak lelaki tersebut selain menyarankan Baby Shima membuat laporan polis.

Mereka juga berseloroh adakah budak tersebut sudah disebat oleh bapanya.

“Ada apa-apa info tak budak ni dah kena getah paip dengan ayah dia tak,” komen pengguna IG.

“Kanak-kanak zaman sekarang bukan macam dulu. Teruk perangai semua. Izinkan saya libas dengan kayu 2×4 please,” komen yang lain pula.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama penyanyi berkenaan berdepan dengan gangguan seperti ini. Namun Baby Shima tetap bertahan dan tidak cepat melatah.

Baca juga: ‘Terpikat dengan suami orang’ Wanita nekad jumpa dan minta izin isteri lelaki tersebut