Babak peluk Emma dan Shah: “Tak mahu tengok, kau tonton tv Al-Hijrah je” – Pengarah

Oleh INFORAKYAT

Babak peluk Emma dan Shah: “Tak mahu tengok, kau tonton tv Al-Hijrah je” – Pengarah. Pengarah drama Mati Pucuk, Michael Ang menjelaskan dirinya tidak tahu apa-apa mengenai adegan mesra melibatkan dua pelakon iaitu Emma Maembong dan Shahz Jaszle.

Memetik laporan mStar, pengarah berusia 46 tahun itu enggan mengulas mengenai adegan tular itu memandangkan dirinya sendiri pun tidak tahu menahu termasuklah melihat sebarang video seperti yang diperkatakan ramai.

Bagaimanapun, Michael menjelaskan Emma dan Shahz mengenakan busana pengantin bagi menjayakan salah satu babak perkahwinan dalam drama tersebut.

Michael berkata, bagi menjayakan watak berkenaan mereka berdua haruslah dilihat mesra seperti pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini mengatakan ia agak mustahil sekiranya mereka mahu menjayakan babak perkahwinan dengan jarak empat meter.

Babak peluk Emma dan Shah: "Tak mahu tengok, kau tonton tv Al-Hijrah je" - Pengarah

“Memang mereka ketika itu sedang menjalani penggambaran babak sesi fotografi perkahwinan. Mustahil kita hendak melakukan babak perkahwinan dengan jarak empat meter,”jelasnya.

Sementara itu, Michael turut enggan mengulas lebih mengenai mengenai kritikan warganet terhadap aksi mesra antara Emma dan Shahz yang dikatakan melampaui batas memandangkan mereka sudah berkahwin.

“Saya tak tahu apa-apa, kalau ada video itu mereka rekod sendiri, tiada kena mengena dengan saya. Sekiranya tak mahu melihat, tonton siaran TV Al-Hijrah,”ujar Michael Ang.

Babak peluk Emma dan Shah: "Tak mahu tengok, kau tonton tv Al-Hijrah je" - Pengarah

Terdahulu, tular video adegan mesra Emma dan Shahz berpelukan dengan mengenakan busana pengantin serta tindakan menampar punggung pelakon lelaki itu sehingga mengundang kritikan ramai.

Sehingga kini, tiada sebarang maklum balas daripada kedua-dua pelakon tersebut mengenai adegan yang dikatakan ‘keterlaluan’.

@shahzjaszle #weddingtiktok2022 ♬ original sound – Shahzjaszle

BACA:

‘Tahniah Dato Ayob!’, tindakan drastik dipuji orang ramai

Gadis beragama hindu tapi terima ijazah sarjana pendidikan islam

Sajat rayu orang ramai bagi petua pada dirinya ‘lekat’ untuk hamil