Azzahra dedah derita jadi isteri Jay Iswazir sampai diminta gugur kandungan?

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Ketika isu keganasan rumah tangga melibatkan bekas model Zahnita Wilson masih menjadi perbualan

Pelakon Azzahra Ahmad pula tampil berkongsi pengalaman serupa.

Azzahra, atau nama sebenarnya Fathima Azzhara Ahmad, mendakwa bekas suaminya, pelakon Jay Iswazir, bukan sahaja mengasarinya,

Malah turut mendesaknya menggugurkan kandungan mereka.

Menurut Azzahra, dia disahkan hamil sekitar September lalu ketika mereka sedang dalam proses bercerai.

Azzahra dedah derita jadi isteri Jay Iswazir sampai diminta gugur kandungan?

“Dipaksa Gugur Anak”

Dalam kenyataannya, Azzahra berkata Jay mendesak pengguguran kerana mendakwa tidak bersedia menyambut cahaya mata atas alasan kewangan.

“Ketika kami buat keputusan bercerai, saya dapat tahu sedang hamil. Selepas berpantang (selepas keguguran) dan berada dalam keadaan suci, saya terus failkan cerai. Saya tertekan sehingga sebulan tidak keluar bekerja,” katanya kepada mStar.

Pernah Dikasi Secara Fizikal

Azzahra turut mendakwa dia telah lama menjadi mangsa kekasaran Jay, terutama pada awal perkahwinan mereka.

Dia pernah membuat laporan polis tetapi akhirnya menarik semula kes itu kerana enggan menjejaskan reputasi Jay sebagai pelakon.

“Paling teruk saya kena (pukul) adalah pada awal perkahwinan. Saya hubungi polis, tetapi apabila mereka kata nak tangkap dia, saya tak sampai hati. Waktu itu dia sedang terlibat dengan penggambaran,” jelasnya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Azzahra turut memuat naik dokumen rujukan perkhidmatan kaunseling dengan namanya tertera sebagai pesakit, sebagai bukti tekanan yang dialaminya.

Hanya Bertahan Dua Tahun

Untuk rekod, Azzahra dan Jay mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan dua tahun. Mereka disahkan bercerai pada 28 Oktober 2024.

Ketika ini, pihak mStar sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada Jay berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas isterinya.

BACA: Selepas China, Kapal selam Rusia pula ceroboh perairan laut china selatan