Azmin pergunakan Bersatu, PKN jadi platform untuk bentuk parti baharu

Azmin pergunakan Bersatu, PKN jadi platform untuk bentuk parti baharu

Siapa pernah dengar tentang “NGO” Penggerak Komuniti negara?

Saya yakin ahli akar umbi pasti tahu. Sebabnya kebanyakan bantuan JKM secara ajaibnya diagihkan kepada pertubuhan ini.

Pertubuhan NGO ( kononnya) ini adalah persiapan Azmin and Co membuat parti baru.

Ya! Parti Baru!

Ini kerana sebenarnya Azmin hanya mempergunakan BERSATU buat masa ini. Beliau tidak boleh bergerak dengan baik dibawah platform BERSATU kerana pengikut bukan pribumi beliau tidak boleh ditempatkan dengan kedudukan dalam BERSATU menurut perlembagaan parti. Maka mana nak diletaknya Santhara , Tian Chua dan lain lain?

Sebab itu saya persoalkan tempoh hari, yang Team Azmin ini sebenarnya tak pernah pun sertai BERSATU.

Mereka tak pernah isi borang.
Keahlian sedang tutup untuk pemilihan parti Bersatu.

Jadi sebenarnya kita dah dibohongi. Ditipu untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan sahaja. Bila mereka dah siap dan sedia utk tubuh parti mereka akan tinggalkan BERSATU dan BERSATU akan jadi lebih kecil.

Saya pohon ahli Bersatu tolonglah buka mata dan sedar.

Selamatkanlah parti kita.

Schemeofthings selamatkanbersatu masadepanbersatu

Ps: gambar dibawah adalh dari banner Facebook Rasmi pertubuhan ini diperingkat Kebangsaan.

Ps 2: dengar dengarnya ada pihak yang sudah bersedia untuk daftarkan mereka ini dalam sistem secara backdated.. tunggulah

Sumber:

COMMENTS