Azmin bentuk parti baharu untuk cabar Anwar?

Azmin bentuk parti baharu untuk cabar Anwar?

Azmin awalnya begitu terdesak, dia dan pasukannya terpaksa memilih PPBM untuk kekal setelah gagal berkompromi dengan Gerakan dan mahu memastikan langkah Sheraton menjadi realiti.

Ramai dikalangan pimpinan dan ahli PKR pro Azmin marah dan kurang selesa dengan tindakan Azmin memilih menyertai PPBM. Majoriti terkandas dan tidak boleh keluar parti, terutama yang bukan Islam.

Ada yang merasakan Azmin sedikit gopoh. Jadi, pilihan yang ada pada kali ini ialah Azmin dan tim terpaksa membuat parti baru demi meraih kembali sebahagian akar umbi PKR yang memihak dan terus bersaing dalam politik negara. Menyedari UMNO terus menekan dan kebersamaan dalam PPBM adalah bukan sesuatu yang baik bagi menjamin kelangsungan politiknya.

Strategi ini adalah sebagai pelan kontigensi baginya untuk meneroka kawasan baru untuk bertanding. Dan telah dikenalpasti bahawa sejak memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan lalu, jentera pro Azmin telah menguasai dan mendominasi beberapa kubu kuat PKR.

Adakah Azmin akan ke Permatang Pauh untuk mencabar Anwar Ibrahim sebagai langkah ‘check mate’ untuk mengekang kemaraan Anwar dan sebagai paku terakhir (the last nail) bagi membenamkan karier politik Ketua Pembangkang tersebut di kubunya sendiri.

Sekiranya kewujudan parti baru benar terjadi, menuju PRU 15 semua ini akan membentuk episod baru kepada landskap politik negara. Yang pasti PKR dan PPBM akan tetap terbelah.

Sumber :

COMMENTS