Azalina gesa RUU antilompat parti dibawa bersama RUU lain seperti pemecatan ahli parlimen

Azalina

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) antilompat parti datangnya dari kerajaan sendiri dan bukannya usul peribadi.

Jelas beliau, sebelum ini pihaknya hanya mencadangkan kepada kerajaan supaya tampil dengan mekanisme yang boleh bergerak seiiring dengan pelaksanaannya nanti.

Malah katanya, RUU antilompat parti itu perlu dibawa bersama usul lain seperti RUU pemecatan Ahli Parlimen.

Azalina gesa RUU antilompat parti dibawa bersama RUU lain seperti pemecatan ahli parlimen

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan perlu tampil dengan satu mekanisme yang digerakkan seiiring dengan pelaksanaan RUU antilompat parti agar tidak timbul sebarang ketidakadilan.

“Cadangan (RUU) antilompat parti ini datangnya daripada kerajaan dan bukan saya.

“Apabila kerajaan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerajaan-Pakatan Harapan, Perdana Menteri ke-9 ada tertulis (menyatakan) dalam MoU berkenaan ingin mewujudkan Akta Lompatparti.

“Semasa Perdana Menteri ke-8, menawarkan penyelesaian kepada rakyat dihadapan televisyen, bukankah beliau menimbulkan Akta Antilompat parti? Datang daripada mulut kerajaan, bukan saya sebagai Ahli Parlimen Pengerang,” katanya dalam temu bual Dialog Tiga Penjuru Astro AWANI pada Khamis.

Ujar beliau lagi, sekiranya pelaksanaan RUU berkenaan diteruskan, beliau khuatir akan timbulnya ketidakadilan buat wakil rakyat yang berbuat demikian (melompat parti).

“Sebabnya, kita lihat satu senario iaitu lompat, dua senario kena pecat, senario ketiga gabungan kerajaan. Kalau dia bergabung, jadi tidak adil.

“Sebab kalau menang atas kerusi A, dia nak bentuk kerajaan, dia gabung, dia keluar lima orang, 10 orang. Itu boleh didefinisikan sebagai ‘lompat’.

“Jadi apa yang saya cadang hanya pemecatan Ahli Parlimen dalam senario tertentu. Saya cadang kerajaan referendum supaya tidak membazir duit melalui pilihan raya, itu sahaja.

“Kita menawarkan kepada kerajaan kalau buat Akta Antilompat parti, kerajaan perlu ikatkan dengan satu sistem mekanisme sebagai pemecatan Ahli Parlimen dalam senario tertentu. Termasuk wakil rakyat yang tidak hadir ke Parlimen,” ujar beliau.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/ruu-antilompat-parti-perlu-dibawa-bersama-usul-lain-seperti-ruu-pemecatan-ahli-parlimen-321483

BACA JUGA : Panas !!! Pegawai kanan SPRM ditahan polis kerana miliki dadah, senjata api

CATEGORIES