“Ayah tak tahu kami dah berniaga, dia ingat kami masih susah, bini muda ayah bangga tayang kereta, dia tak tahu kami ada 2 cawangan restoran”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Salam semua, betul – betul viral ye tentang kisah poIigami dan kes saman hutang di social media sekarang ni.

Oleh itu aku terdetik ingin kongsikan kisah emak aku sendiri hadapi poIigami, mertua dan kes faraid. Emak aku ni hanya wanita kampung biasa je.

Tapi kerana kecekapan dia membaca alquran dan hafazan, emak dijodohkan dengan anak daripada golongan agamawan dan hartawan.

"Ayah tak tahu kami dah berniaga, dia ingat kami masih susah, bini muda ayah bangga tayang kereta, dia tak tahu kami ada 2 cawangan restoran"

Ayah aku seorang guru sekolah agama. Sejak memasuki rumah mertua, emak dilayan seperti h4mba.

Yelah, menantu – menantu lain semuanya bekerja, boleh bagi hadiah cantik – cantik. Emak kalau datang pun, kerja – kerja rumah semua diberi kepadanya. Kononnya sebab tak bekerja, tak ada fungsi dalam rumah tu. Nasib baik ada kuarters guru, jadi bolehlah emak dan ayah hidup berdikari.

Sehingga aku dan adik lahir ke dunia dan masing – masing sudah meningkat remaja, ayah buat per4ngai nak kahwin lain. Aku ingat lagi emak malas nak g4duh, dia izinkan je ayah kahwin. Bakal mak baru aku ni muda. Baru habis sekolah. Tua 3 tahun dari aku.

Nenek aku (mak kepada ayah) yang meminang gadis tersebut. Emak bagitahu aku waktu tu berumur 15 tahun, sebenarnya ayah tak mampu nak kahwin lagi. Emak banyak makan hati, cuba untuk tidak minta apa – apa kat ayah sebab tahu ayah tak ada duit.

Tapi ayah senang – senang habiskan duit dekat rumah nenek. Aku tanya mak, kenapa bagi jugak ayah kahwin lagi? Mak cakap, biarlah.. Mak pun dah tak sanggup dengar ayah dok sebut nama budak perempuan tu. Dia cuma minta sedikit kebebasan je untuk cari nafkah.

Sebab dia tahu ayah pasti takde duit nak sara kami anak beranak. Maka kahwinlah ayah dengan mak muda. Kami tak dijemput langsung. Sejak dah dapat isteri baru, aku adik dan mak tak pernah berpeluang untuk beraya bersama di kampung. Ayah pun jarang balik rumah.

Emak pun tak ada nak bising bebel. Aku kagum dengan sifat emak. Emak sibuk dengan kelas al qurannya dan dapat kumpul duit untuk buka gerai. Selesai je spm, aku terus tolong emak di gerai sehingga ada seorang h4mba Allah ini yang menjadi pelanggan tetap datang offer untuk bukakan restaurant.

Dia sanggup investkan duit dan emak hanya bertanggungjawab dalam masakan. Profit pulak 50 – 50 setiap bulan. Bermulalah hidup kami sebagai pengusaha restoran. Yang seronoknya, ayah tak tahu pun yang kami dah mula berniaga.

Ayah m4kin jarang balik rumah. Bila emak sudah stabil, emak mohon fasakh di mahkamah. Dengan mudahnya ayah lafazkan cerai di mahkamah. Itulah kali terakhir kami dapat melihat ayah. Tiada setitik pun air mata kami jatuh melihat dia dengan mesranya datang bersama isteri muda dan anak – anak mereka. Selepas itu kami teruskan perniagaan seperti biasa.

Sewaktu aku berumur 25 tahun, kami sudah ada 2 cawangan di kuantan. Emak usulkan aku untuk sambung belajar, waktu itu ada tawaran belajar terus ke degree dalam perniagaan sekiranya aku ada pengalaman dalam pekerjaan.

Alhamdulillah aku dapat tawaran universiti swasta tersebut dan mulakan hidup aku sebagai pelajar. Adik lelaki bongsu aku telah ke mesir dalam bidang perubatan. Semua rezeki kami ini tidak kami hebohkan kepada sesiapa.

Kami masih tinggal di rumah lama, pakai kereta lama walaupun emak sudah ada 2 rumah sewa. Sejak emak menjadi ibu tunggal, alhamdulillah rezekinya datang mencurah – curah. Cuma dia berpesan kepada aku untuk hidup sederhana, supaya kami tidak diganggu oleh sesiapa.

Keluarga ayah masih ingat kami orang susah. Tapi aku faham maksud emak, biar mereka tahu kami susah, supaya kami tidak diganggu. Dengar katanya ayah mengalami masalah duit. Anak bersama isteri muda sudah 6 orang.

Ayah sudah tua dan berpencen. Ayah tak pernah call aku minta duit, baginya mungkin dia rasakan kami ni tak ada duit. Dia memang 100% lupakan kami. 4 tahun lepas, ayah meninggaI dunia. Itu pun lepas 2 hari baru kami dapat tahu. Tiada siapa yang nak call emak bagitahu.

Kerana emak ada anak lelaki, sepatutnya harta faraid perlu dibahagikan kepada adik dan sedikit kepada aku. Walaupun kami tidak meminta, tapi emak hanya ingin melihat bagaimana keluarga beragama ini menguruskan hak faraid kepada yang berhak.

Ya, seperti diduga, tiada langsung hak kami diberikan. Pernah emak terserempak dengan bekas madunya, dengan sombong mak muda tu tunjuk kereta proton personanya kepada emak. Dia mengatakan emak tak akan dapat duit pun harta ayah. Emak sekadar ketawa dan mengatakan..

“Makanlah kenyang – kenyang harta hak orang”. Kerana hidup ni tak lama. Ayah banyak berhutang nafkah dengan mak, aku dan adik. Alhamdulillah sekarang hidup kami aman dan stabil. Emak masih tinggal di rumah lama.

Aku sudah pindah ke kl mengikut suami. Adik sudah balik ke malaysia dan menjaga emak. Alhamdulillah dia dapat posting di hospitaI yang berdekatan dengan rumah. Emak selalu nasihatkan kami adik beradik. Tak perlu nak berg4duh dengan orang sombong, kalau hati mereka sudah tiada untuk kita, lepaskan je. Guna kudrat sendiri untuk mencari rezeki.

Emak kata, kita perempuan, sudah biasa diuji, kita berjiwa kental, jadi jangan menjadi selamanya b0doh kerana manusia lain. Terima kasih emak, kerana kekuatan beliaulah aku hidup dengan bahagia sekarang ni.. Sama juga aku praktikkan kepada suami aku.

Awal – awal lagi aku katakan, kalau hatinya sudah dimiliki oleh orang lain, tak perlu nak tipu, tambah d0sa, bagitahu aku baik – baik dan kita pisah dengan aman. Tak perlu g4duh, m4ki hamun. Kita tetap boleh jadi kawan selepas berpisah kelak.

Sebab bagi aku, manusia ini hanyalah sementara, yang kekal hanya Allah swt. Aku tahu aku kekuatan aku sendiri yang tidak rela dimadukan, jadi lebih baik aku bagitahu awal – awal kepada suami supaya tidak berd3ndam. Alhamdulillah masih bahagia hingga sekarang. – Puteri (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nour El Ain : Bijak mak tt.. Suka baca. Tu sebab jangan pandang rendah pada yang poIigami. Diam – diam ubi berisi. Kita tak tau ape yang orang lalui. Lantak le ko nak poIigami ke ape ke. Hahaha.. Hidup senang lenang tanpa diganggu parasit tu satu anugerah. Syukur alhamdulillah..

Nur Zehan Samaun : Mak awak wanita hebat. Benda sama saya apply dalam hidup saya, jangan merayu pada yang tak sudi. Sayang bukan hanya dimulut tapi dengan perbuatan. Saya pun dah remind suami awal – awal, selebihnya kite follow the flow.

Sara Chibi : Banyak – banyak yang saya baca. Ini confession yang paling padu tahap kesabaran seorang wanita. Hebat walaupun hanya bekas suri rumah tapi ilmu agama yang kuat juga pegangan hingga hidup dilimpahi rezeki harta walaupun tiada rezeki kasih sayang suami. Tahap pemikiran yang hebat biar tidak bersekolah tinggi.

BACA: “Setiap kali saya masuk dapur, semuanya salah, cara masak nasi salah, barang basah kena beli tempat dia kenal je,aku rasa menyesal kahwin”