Salam semua. Semalam saya ada terbaca kisah siapa jaga ibu aku. Terdetik nak berkongsi pengalaman sendiri.
Awal kisah saya, ibu bapa bercerai sejak saya belum bersekolah. Sudah lama eebenarnya saya tidak jumpa bapa,
kami jumpa semula kerana saya perlu cari wali untuk berkahwin.
Selepas itu, bapa saya mula nak rapat kembali dengan saya. Sikit – sikit saya bolehlah, tetapi memang rasa janggal.
Hubungan kami setakat selang beberapa lama, bapa saya akan telefon tanya khabar. Saya memang tak pandai nak jadi anak dia disebabkan dah lama tak jumpa.
Kalau nak jumpa pun, hanya pada hari raya saya akan melawatnya. Baru – baru ni, bapa saya tu s4kit. Dah keluar masuk wad berselang minggu, hospitaI yang telefon bagitau saya. Pihak doktor macam skeptikal sebab saya tak tahu ayah saya s4kit.
Tak apalah, saya cuma bagitahu memang kami tak tinggal sama dah lama dan terpulanglah mereka nak fikir apa. Orang yang takde dalam kasut ‘keluarga br0ken’ mungkin tak akan faham. Malam tu, ayah saya dah tenat. Di sinilah bermulanya kisah yang menyedihkan hati saya.
Saya disuruh datang ke hospitaI pada malam itu juga, tetapi malangnya suami saya tak benarkan saya pergi. Dia suruh saya telefon adik saya supaya uruskan bapa saya. Masalahnya yang cuba berbaik dengan bapa saya itu hanyalah saya.
Adik beradik yang lain agak dingin selepas apa yang berlaku pada kami waktu kecil dulu. Membebel – bebel dia, siap cakap nanti kalau saya kemaIangan kereta malam – malam macam ni jangan baru nak menyesal. Sampai hati betul suami doakan saya macam tu.
Dia bising – bising, katanya lagi anak – anak tak dapat diuruskan jika saya tak ada di rumah nanti, padahal anak – anak bukan bayi pun lagi dan dia boleh je bantu saya tengokkan anak – anak dalam keadaan darurat macam ni.
Saya fikir bapa saya dah tenat, saya terp4ksa cakap lembut – lembut untuk ke hospitaI walaupun hati saya terkesan dengan ucapan suami tadi. Kalaulah saya betul – betul ditimpa kemalangan tu, saya fikir suami pasti akan bebel lagi panjang lebar.
Saya bermalam di hospitaI dengan beberapa orang makcik di sebeIah bapa dan anak – anak mereka. Takdir.. bapa saya meninggaI subuh itu. Saya buka telefon nak bagitau suami. Saya buka mesej, suami membebel lagi tak payah jaga ayah saya, telefon saja adik suruh tengok, balik rumah jaga anak.
Saya sedih, saya bagitau dia yang bapa saya dah meninggaI dan sebagai anak perlu uruskan beberapa dokumen. Semua hal tu akan selesai hampir ke waktu tengah hari. Jenazah bapa dibawa oleh ambulans balik ke kampungnya, tapi saya tak ikut sebab suami dah membebel lagi pasal anak.
Penat – penat macam tu pun saya singgah juga beli makanan tengah hari untuk mereka sedangkan suami boleh saja uruskan tetapi dia masih harapkan tanggungjawab dari saya. Kampung bapa dengan rumah saya hanya langkah daerah.
Saya janji dengan makcik nak ikut ke perkubuuran petang – petang tu, tapi sebenarnya saya cakap – cakap saja kerana saya tahu, kalau saya dah balik dan saya nak keluar balik, kami suami isteri akan berg4duh lagi. Kalau saya jujur, nanti makcik mesti macam – macam tanya, lagi saya tak larat nak jawab.
Begitulah selalunya saya cari macam – macam alasan supaya tak konflik dengan harapan suami. Balik tu, saya tidur saja dan malamnya masak dan jaga anak macam biasa. Suami saya sukalah agaknya saya tak buat per4ngai.
Kami pun tak bercakap pasal hal bapa saya meninggaI itu. Esoknya saya bagitau nak tengok kubvr bapa sekejap. Suami kata boleh, tetapi saya pulang lambat sikit sebab tempat jauh dan petang – petang jalan kesesakan.
Sebelum ke sana, saya dah siap – siap masak dan kemas rumah semua, sepatutnya tiadalah apa – apa masalah, saya berfikiran begitu. Saya bawa semua anak juga.
Belum 8pm pun waktu saya balik tu, tapi suami dah mencebik – cebik, kemudian macam selalu, cakap saya macam – macam, sedangkan pada hari tu semua keperluan saya dah siapkan dan anakpun suami tak perlu jaga.
Sama saja seperti hari – hari biasa memang suami balik kerja tak perlu pun nak jaga anak, tapi dia punya jeling kat saya lain macam. Entahlah, saya tak tahu apa maksud. Saya macam nak cakap dengan suami, bapa saya dah mati ni, takkanlah satu hari saya nak uruskan kubuurnya pun sampai saya kena hadap amarah em0si dia?
Tapi macam biasalah, saya hanya mampu cakap dalam hati yang sedih dan pilu. Selepas kejadian tu, 3 hari baru kami bercakap semula dan suami pun tidak pujuk saya, menandakan memang dia protes dan saya yang perlu minta maaf. Secebis kisah kurang persefahaman di antara kami yang saya hanya mampu simpan di dalam hati. Semoga roh bapa saya dicucuri rahmat. Sekian…
Komen W4rganet :
NurAz Wan : Itu pada saya bukan kurang persefahaman antara awk dan suami, tapi kisah suami tak matang dan penuh sikap keakuan dan mementingkn diri sendiri. Dia mahu awak duduk di rumah dan lakukan hal – hal berkaitan kepentingan dia dan anak – anak saja.
Dia curiga kalau awak keluar rumah, walau untuk ziarah ayah sendiri dan awak pula lebih suka berdiam diri, mungkin untuk elakkn berbalahan. Kalau saya, akan tanya tua – tua esok,
kalau awak s4kit, mungkin menantu – menantu awak akan halang anak – anak awak balik jaga dan ziarah awak disebabkan sikap awak hari ini.. Orang macam suami awak tu fikir, dia takkn tua, s4kit dan m4ti ke, satu hari nanti?
Aspalila Hamzah : Tahniah sis atas kesabaran.. semoga ada ganjaranya atas kesabaran kamu. Saya boleh rasa perasaan kamu. Ada lelaki jenis macam ni, isteri hanya untuk dia.
Dia lupa suatu hari anak – anak dia pun membesar dan akan berkahwin. Doa kan suami kamu agar lembut harinya di setiap sujud mu.
BACA: Anak muda ini punyai hartanah di London nilai RM65 juta, rupanya bapanya bekas Menteri Malaysia