Assalamualaikum buat pembaca semua. Ini adalah first time aku menulis kat sini, sebelum ni aku hanyalah pembaca setia di laman ini.
Aku Kamil, menginjak usia 34 tahun tidak lama lagi. Aku nak berkongsi satu kisah yang sangat magis yang telah diaturkan oleh Allah SWT yang aku tak pernah sangka akan berlaku dalam hidup aku.
Kisah ini bermula 11 tahun lepas, di mana pada ketika itu aku berumur 23 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di utara tanah air.
Aku belajar di sebuah universiti terkemuka. Di utara, aku hanya berseorangan diri, tiada keluarga terdekat di sana oleh kerana ramai keluarga aku berada di Kelantan dan Kuala Lumpur.
Ketika aku menyambung pelajaran di sana, aku diberikan sebiji kereta oleh ayahku dan pandai – pandailah hidup di sana. Pada suatu hari, ketika aku sedang hadiri kuliah, aku dihubungi oleh ayah aku. Memang jarang sekali ayah call. Aku fikir panggiIan ayah sangat mustahak.
Tanpa memberitahu lecturer dan kawan – kawan yang sedang tekun menghadiri kuliah, aku angkat panggiIan tersebut dengan sangat berdebar – debar, curious dan sangat risau apa perkara yang akan diberitahu oleh kerana kalau aku dapat panggiIan dari ayah, maknanya perkara itu sangat mustahak.
Usai aku menjawab panggiIan, ayah aku memulakan perbualan.
“Kamil, kamil duk mano?”
“Kamil ado dekat bilik, tengoh duk baco buku.”
Aku sengaja berkata begitu, risau kalau aku cakap aku tengah kelas, ayah aku akan tangguhkan dulu perkara yang nak disampaikan. “Ayoh nok royak benda, ayoh harap kamil boleh terima berita ni denge hati terbuko.”
Aku mula cuak, risau kalau ada apa – apa berita yang tak menyenangkan hati. Aku diam seketika. Lalu aku menjawab “InsyaAllah, kamil buleh terimo berita hok ayoh nok bagitahu.”
“Mak dah meninggaI.”
Aku kaku, insan yang aku sayang dan berharap, telah meninggaIkan aku selama – lamanya. Aku terdiam seribu kata, tidak berkata – kata. Lalu, ketika itu tangisan aku mula terdengar dan rakan – rakan serta lecturer aku mula perasan. Ilman, kawan aku tepuk belakang aku, cuba menenangkan aku.
“Mak aku dah meninggaI, man”.
Satu kelas terk3jut mendengar perkabaran itu. Lecturer aku datang kepada aku, cuba menenangkan. Beliau mengajak rakan – rakan kelas aku membacakan al-fatihah untuk mak. Tangisan aku teresak – esak sampai aku meronta – ronta apabila mendengar khabar itu.
“Saya nak balik terus, doktor.”
“Kamil, kamu boleh balik, tapi ajak kawan kamu teman ya, nanti apa – apa jadi, ada yang boleh tolong awak”. Doktor beritahu aku. “Takpe doktor, lagipun, saya balik mungkin untuk tempoh yang lama”. Lecturer merestuinya.
Fast forward, aku pun pulang dengan kereta. Dalam perjalanan aku pulang, kerap kali aku termenung dan drive dalam keadaan separa sedar. Aku teringatkan memori dengan mak, aku bayangkan sesampai aku di sana, adakah aku boleh menerima keadaan bila melihat j4sad mak tidak lagi bernyawa.
Kalau pembaca pernah lalu jalan gerik, memang korang akan tahu keadaan jalan pada ketika itu macam mana. Kejap – kejap selekoh kiri, kejap – kejap selekoh kanan. Dalam perjalanan aku terlamun dengan kesedihan, kereta aku masuk ke lane di arus yang berbeza.
Mujurlah kereta di arah bertentangan itu berhenti dan menyedarkan aku. Aku bergegas masuk ke dalam kereta dan mencari r&r terdekat. Sampainya aku di r&r banjaran Titiwangsa, aku ambil wudhuk dan solat. Lama aku solat, menangis kepada tuhan dengan berita kem4tian ibu.
Usai solat, aku menangis lagi, aku ditenangkan oleh seorang lelaki yang usianya dalam lingkungan 35 pada ketika itu. Pada ketika itu aku tak tanya nama apa, jadi aku bagi nama samaran beliau sebagai Abang Isma. Beliau menenangkan aku.
Tanpa aku mengenali Abang Isma pada ketika itu, dialog aku terus bermula, “Bang, saya nak peIuk abang boleh? Mak saya baru meninggaI tadi.” Tanpa memikirkan apa – apa, abang Isma terus memeIuk aku, deraian air mata m4kin der4s dan aku memeIuk untuk tempoh yang lama.
Abang Isma tidak berkata apa – apa dan hanya menepuk dan mengusap bahuku sahaja. Aku peIuk sambil menangis dan mengulang ayat, “mak saya dah takde”. Aku fikir, beliau pada ketika itu seolah – olah memahami aku yang tidak inginkan nasihat, tetapi aku hanya ingin menyandarkan kesedihan aku pada seseorang.
Setelah aku melepaskan peIukan, abang Isma suruh aku pulang dengan hati – hati dan fokus ketika memandu. Aku akur dan berterima kasih kepadanya dan cerita aku dengan abang Isma terputus di situ sahaja. Aku sampai dengan selamat dan sempat mencivm mak buat kali terakhir.
10 tahun kemudian, di mana pada tahun lepas, aku menghadiri satu interview kerja di salah sebuah bank untuk position manager. Dipendekkan cerita, aku dapat kerja tersebut dan mula masuk pada 1/12/2023. Pada sesi pengenalan, aku dibawa untuk berjumpa HOD dan beberapa chief yang lain.
Aku dibawa oleh mereka di salah sebuah hotel di KL. Kami duduk di meja bulat dan berkenalan. Chief HR, Mr Kamal tanya aku. “Asal mana?”
“Kelantan.” Jawab aku.
“Takde bunyi loghat kelantan pun, hahaha.” Mr Kamal bergurau.
“Ohh, saya dah lama merantau, lagipun saya jarang balik kelantan, mak ayah dah takde, jadi loghat tu dah hilang, tapi kalau sama – sama kelantan, saya fasih je.” Aku baIas.
“Mak dengan ayah meninggaI bila?” Mr Kamal tanya.
“Mak dah 10 tahun, ayah baru 3 tahun.” Aku jawab.
Perbualan itu terhenti di situ oleh kerana mereka lebih berminat bertanya soal visi, pengalaman aku dalam kerja. Pertemuan pertama kami habis di situ. Suatu hari, aku sedang bekerja, aku dipanggil oleh Chief HR untuk masuk ke dalam bilik beliau untuk berbincang soal KPI dan beberapa perkara.
Aku masuk dan agak santai perbualan kami. Habis berbincang soal tu, tiba – tiba Mr Kamal buka cerita. “Kamu tak kenal saya ke?” Mr Kamal tanya. “Saya kenal la Mr Kamal, you orang hebat dalam industri”. Aku bodek sikit – sikit.
“I mean, you tak cam saya ke sebelum you kenal saya dalam industri?” Mr Kamal tanya. Aku dah mula pelik, setahu aku, aku tak pernah kenal Mr Kamal lagi sebelum aku masuk ke dunia perbankan. “Saya tak kenal Mr Kamal, saya kenal lepas saya masuk dalam industri, baru saya dengar cerita”. Aku jawab.
Muka aku sedikit berkerut pada ketika itu, aku cuba ingat kembali kot – kot aku pernah terjumpa. Tapi aku tidak dapat recall memori aku. “Kenapa Mr Kamal? Ada apa – apa cerita ke?” Tanya aku. Mr Kamal lihat aku lama – lama. Beliau ingin pastikan bahawa akulah orang yang dimaksudkan.
“Saya rasa saya pernah jumpa awak. Tapi saya tak pasti la itu awak ke orang lain sebab cerita ni 10 tahun yang lalu.” Mr Kamal baIas. Aku dah sem4kin berdebar, aku risau cerita itu cerita jahat yang aku pernah buat dalam hidup dia. Aku curiga, cerita apa yang nak disampaikan.
“Awak ke orang yang peIuk saya ketika kita berjumpa di R&R banjaran Titiwangsa?”. Tanya Mr Kamal. Zapppp, ketika itu, fikiran aku terus tangkap momen aku memeIuk Abang Isma. Jujurnya pada ketika itu, aku hanya sekilas pandang sahaja Abang Isma dan tidak cam mukanya.
Aku juga seakan – akan lupa memori tersebut oleh kerana aku hanya ingat memori kem4tian mak pada ketika itu. Aku terus mengalirkan air mata, memori lama aku memeIuk abang Isma kembali datang ke dalam ingatan aku.
Rupanya Abang Isma yang aku panggil sebelum ini adalah Mr Kamal. Mr Kamal adalah orang yang memeIuk aku sebelum ini dan pada ketika itu, aku anggap beliau adalah orang yang menguatkan aku yang pada ketika itu diselubungi dengan kesedihan.
Dan, beliau adalah seorang insan yang berpangkat besar di sebuah Bank. Kami terus berpeIukan antara satu sama lain dan kami menganggap bahawa kuasa Allah itu sangatlah besar. Mr Kamal sebenarnya sudah lama mencari aku, oleh kerana beliau teringat – ingat akan esakan dan tangisan aku pada hari tersebut. Hari ini, kami dipertemukan oleh Allah.
Dunia itu sangatlah kecil untuk bertemu kembali. Kami bersahabat baik bermula pada hari itu sehingga hari ini. Kalau ada masa terluang, kami akan lunch bersama – sama. Manager yang lain pun pelik kenapa Mr Kamal suka keluar dengan aku, sebelum – sebelum ini Mr Kamal jarang untuk keluar makan.
Aku hanya tersenyum dan menceritakan peristiwa di sebalik keakraban kami. Semua kagum dengan cerita ini dan faham dengan persahabatan kami walaupun usia kami jaraknya begitu jauh. Terima kasih pembaca, minta maaf sebab sedikit panjang. – Kamil (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Nik Nurul Aswani NK : Alhamdulillah. Berair mata baca cerita ni. Akak pun teringin nak jumpa balik sesiapa yang bantu akak sekeluarga semasa kami kemaIangan di Jalan Genting Highlands – Batang Kali pada 31/10/2021.
Terima kasih yang keluarkan kami daripada kereta, sedekahkan baju sejuk, payungkan anak – anak dalam hujan, tumpangkan kereta dan semua yang berhenti menghulurkan bantuan. Hanya Allah mampu membaIasnya. Kami semua dalam keadaan blur masa tu.