“Axia dah setaraf 4×4!”, selamba off road lalu jalan Baram

“Axia dah setaraf 4×4!”, selamba off road lalu jalan Baram

“Axia dah setaraf 4×4!”, selamba off road lalu jalan Baram. Bagi laluan tanpa jalan raya atau ‘off road’, sudah tentul4h kenderaan ‘4×4’ paling sesuai untuk dipandu dan ia sering berlaku di kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak.

Namun, seorang gadis yang pulang ke Baram pada Sabtu lepas atas tujuan mengundi terkejut dan kagum melihat kereta ‘hatchback’ buatan Perodua ‘selamba’ ikut jalan off road di sana.

Mnerusi vldeo dikongsikan Sanda Lunai W di Facebook, sebuah Axia berwarna silver dilihat menikuti konvoi ‘4×4’ yang lain melalui laluan yang mencabar itu.

Baram dikenali dengan laluan off road dan kebanyakan orang akan membeli 4×4 seperti Hilux, Triton, Navara dan sebagainya. Tetapi apa yang dilihat di sini, adik kepada king of the road, Perodua Axia.”

"Axia dah setaraf 4x4!", selamba off road lalu jalan Baram

Rakaman yang dimuat naik oleh Sandra itu meraih perhatian ramai netizen di Facebook di mana rata-ratanya berasa kagum melihat kereta compact seperti Axia itu m4mpu merempuhi permukaan jalan yang tidak rata serta kawasan berlopak.

Bukan itu saja, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah menggunakan kereta biasa lain seperti Proton Saga, Perodua Kancil dan Alza, melalui laluan seperti itu.

Menerusi hantaran itu, Sandra juga sempat berseloroh dan mempromosi kereta Axia itu dan menyatakan kelebihannya iaitunya murah, jimat minyak dan kini terbukti mampu melalui off road pula.

BACA:

Akhirnya Muhyiddin ucap tahniah kepada Anwar jadi PM

Tak sangka ini respon Tun M selepas Anwar angkat sumpah PM-10

TPM dari BN dan GPS akan dilantik – Anwar

CATEGORIES