Datuk Awie berazam untuk memperbaiki diri dan menjadi seorang insan yang lebih baik.
Kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, 55, dia juga mahu menjadi seorang individu yang mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.
Justeru itu, dia berhasrat untuk menyertai beberapa program amal dan kemanusiaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
“Setiap apa yang berlaku ada sebabnya”, Awie dedah perkara yang terjadi pada dirinya lepas tunai umrah
“Apabila kami pergi tunaikan umrah itu Allah SWT buka jalan yang baik untuk saya seperti sertai organisasi kemanusiaan ini.
“Saya terima kerana saya mahu berterusan memberi balik kepada masyarakat dengan apa yang tertinggal dahulu,” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Awie telah dipilih sebagai Duta Yayasan Earth All-Mustafa dan kumpulan Wings akan membuat mengadakan majlis berbuka puasa pada 31 Mac depan di Pusat Konvesyen Persada Johor Bahru, Johor