Awie dedah, Datuk Afdlin Shauki ialah orang pertama yang hancurkan hidupnya

Oleh AHMAD SULAIMAN

Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang merosakkan imej rock yang selama ini dibawanya.

Awie mendedahkan perkara ini semasa menjadi tetamu di podcast SINAR, di mana beliau menyatakan

Datuk Afdlin Shauki sebagai salah seorang individu yang membawa perubahan besar kepada dirinya dalam dunia komedi.

“Orang yang merosakkan hidup saya adalah Afdlin Shauki… Datuk Afdlin inilah yang mula-mula merosakkan imej rock saya yang poyo ini.

Saya cakap, ‘kau bawa aku masuk filem komedi Afdlin’. Dia kata, ‘kau kelakar lah’. Saya cakap, kelakar dekat mana, budak tengok saya pun lari Tapi dia tetap kata saya kelakar.

Awie dedah, Datuk Afdlin Shauki ialah orang pertama yang hancurkan hidupnya

“Alamak, yeke… Tapi saya fikir balik, ‘aku kena try lah’. Tak cuba, tak tahu. Saya cuba juga, mungkin apa yang dia nampak itu boleh buat orang lain ketawa,” kongsi Awie.

Selain Afdlin, pengarah arwah Mamat Khalid juga antara yang membawa Awie ke dunia komedi melalui watak Husin dalam filem francais Kampong Pisang. Awie juga pernah memenangi anugerah Pelakon Terbaik dalam Teater Cuci The Muzikal, mengalahkan rakan gandingannya seperti Datuk AC Mizal dan Afdlin sendiri.

“Bila cuba, jadi… hm jahanam. Lepas itu, yang kedua yang merosakkan hidup saya ialah arwah Mamat Khalid. Dia terus rosakkan imej saya. Saya terus di-banned oleh persatuan rock sedunia. Dia kata, Awie dah berubah, dah lain mazhab.

“Tapi Alhamdulillah, kita buat teater Cuci The Muzikal, menang kategori Pelakon Terbaik untuk komedi. Afdlin ada, AC ada, Nabil ada, saya boleh menang lah,” katanya lagi.

BACA: Bayi beku disimpan dalam peti ais hospital, ini kepentingan ‘buku pink’ confirm nurse tak jadi singa