Bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, yang meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas ditetak, sebenarnya adalah sepupu kepada penyanyi Aweera.
Dalam satu hantaran di Instagram, Aweera, atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham, 33,
meluahkan rasa terkejut dengan berita tragis tersebut dan berharap agar keadilan ditegakkan untuk arwah.
“Hangpa (pembunuh) tetak darah daging aku wei! Semoga ada keadilan untuk abang Ijar @ Elly (panggilan arwah). Semoga pelaku mendapat hukuman yang setimpal! Takbir, Allahuakbar!”
Selain itu, menerusi Instagram Story, Aweera menyatakan bahawa walaupun dia masih terkejut,
dia reda dengan pemergian sepupunya walaupun sukar menerima kenyataan itu.
“Aku macam tak percaya, tergamak hangpa buat macam tu. Aku reda, aku terkejut. Tapi apa pun si pelaku, hangpa merangkaklah di Mahsyar.”
Sebelum ini, pihak polis mengesahkan bahawa Elly Idzlianizar Elias meninggal dunia akibat kecederaan parah setelah ditetak dan ditikam susulan pergaduhan di Kangar, Perlis pada malam Selasa lalu, sekitar jam 9 hingga 10 malam.
Kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan pergi ke rumah seorang lelaki berusia 51 tahun di Taman Behor Gonchar Jaya, Jalan Dato Ali, Kangar dalam keadaan marah, yang kemudian mencetuskan pergaduhan tersebut.
BACA: Tular Hotel Concorde Kuala Lumpur bakal dijual RM700 juta, rupanya ada plot twist