Awas tiga negeri ini, MET keluar amaran cuaca buruk. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan dimuat naik di Facebook, memaklumkan negeri yang dijangka berdepan cuaca buruk itu ialah Kedah, Selangor dan Johor.
“Di Kedah ia membabitkan Langkawi, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda; Selangor pula di Klang dan Kuala Langat, manakala di Johor membabitkan Pontian dan Johor Bahru,” katanya.
Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
BACA:
Ibu pejabat Maybank kini di Menara Merdeka 118
Putera William dan Kate Middleton ‘untung’ RM5.8 Billion sehari selepas nendanya mangkat