AWAN gesa elaun khas kepada semua petugas kesihatan tanpa kecuali

AWAN gesa elaun khas kepada semua petugas kesihatan tanpa kecuali

Kerajaan digesa beri elaun khas kepada semua doktor dan kakitangan kesihatan

Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Negeri Kelantan mengambil berat luahan hati pekerja kesihatan yang tidak mendapat elaun khas rm 600 yang diumumkan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Ini kerana mereka tidak dikategorikan dalam “bekerja secara langsung dengan rantaian pengurusan, menangani dan membendung wabak COVID-19 “.

Hakikatnya mereka juga adalah terdiri daripada kakitangan yang
“Yang berpeluh jaga screening pesakit di pintu masuk hospital”
“Yang bertugas memang secara langsung jaga pesakit Covid19, tapi tak cukup 15 hari”

“Kakitangan di jabatan kecemasan yang tak terlibat secara langsung dengan rawatan pesakit covid19 juga tidak dapat. Walaupun dia bertugas di kawasan berisiko tinggi yang mungkin terdedah kepada pesakit covid 19. Tidak dapat kerana dikira tidak merawat covid secara langsung. ”

“Pemandu ambulans terpaksa travel dari pusat tanggungjawab masing-masing untuk bertugas secara standby di hospital tertiari, seawal 7 pagi dan tunggu pula hingga ke 10 malam. Tapi rupanya tak dapat elaun khas, kerana tiada pesakit covid-19 yg dibawa”

Sesungguhnya dalam keadaan negara masih berusaha untuk menangani wabak Covid-19 ini daripada terus menular semua kakitangan kesihatan kita terdedah dengan risiko jangkitan dan mereka juga bekerja dalam keadaan tertekan. Tidak dinafikan sebahagian kakitangan kita terpaksa kerja lebih masa dan menghadapi tekanan sehingga ada yang terkorban jiwa ( kemalangan di Jalan Kuala Krai-Gua Musang) dalam proses menjalankan tugas.

Dengan ini Awan menuntut pihak Kerajaan untuk memberikan elaun khas kepada semua pekerja kesihatan sebagai membalas jasa dan penat lelah mereka dalam memastikan kita menang dalam menangani wabak Covid-19 ini.

Dr Hafidzah Mustakim
Ketua Awan Negeri Kelantan
15/4/2020