Salam admin, minta hide profile anak sedare kesayangan aku ini. Salam semua, aku ingin ceritakan masalah rumahtangga aku dulu.
Sebelum tu, aku dah siapkan diri untuk dikecam daripada kamu semua.Aku berumur 22 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan.
Aku berkahwin semasa umur aku 17 tahun dan sekarang perkahwinan kamu dah pon mencecah 5 tahun.
Aku berkahwin dengan suami semasa suami tidak mempunyai apa – apa pon.
Takde kereta, takde rumah sendiri, motor pun takde. Dia hanya berkerje makan gaji di restoran dengan pendapatan hanya RM900 sebulan. Kami masa baru kahwin memang sangat susah. Kadang – kadang terp4ksa ik4t perut, tak makan.
Dengan hutang keliling pinggang, sampai takde duit untuk beli telur nak makan pun. Aku fikir nak masak ape dan akhirnya aku ambik sayur kangkong tepi parit rumah untuk masak buat makan malam. Memang perit masa tu, mujurlah masih belum ada anak.
Selepas aku melahirkan anak, alhamdulillah rezeki suami m4kin bertambah dan terus tambah. Mungkin itulah namanya rezeki anak kan. Suami dapat kerja dengan gaji RM3000 sebulan. Suami memang baik dan bertanggungjawab, dia tak pernah abaikan nafkah kami dua beranak.
Dulu aku surirumah sepenuh masa namun suami dah mampu membeli emas untuk aku. Dia mampu beli kereta mewah, beli moto dan rumah teres satu tingkat. Memang rezeki anak tu ada, cume kita kena banyak sabar. Awal tahun 2019 , suami telah memulakan perniagaan dari bawah, kedai kecil sampai maju.
Orang kampung pun hairan macam mana kami dapat hidup mewah dengan cepat. Hingga sekarang suami mempunyai 4 buah restoran, satu kedai baju dan satu kedai runcit. Alhamdulillah m4kin bertambah rezeki dari rumah teres satu tingkat sekarang kami duduk rumah banglo 2 tingkat dan mmpunyai 2 orang pembantu di rumah.
Niat di hati saya bagitahu ni bukan nak berlagak atau menunjuk, cuma nak pembaca tahu perit dan susahnya hidup kami dulu. Namun apakan daya, betul la cakap pepatah dulu – dulu. Dugaan isteri adalah semasa suami susah dan dugaan suami apabila suami dah senang dan berjaya.
Awal tahun ini pada satu malam, suami dan aku nak tidur awal tapi seperti biasa kami akan sembang – sembang dulu hal seharian, pillow talk. Suami banyak diam, dan malam tu dia luahkan hasrat untuk menikah satu lagi. Aku terk3jut, terk3jut sangat.
Suami yang aku terlalu percaya telah menduakan aku. Langsung takde tanda – tanda dia curang dengan aku. Aku bertenang sekejap aku tak nak g4duh – g4duh dengan suami. Aku tanya dia elok – elok, siapa bid4dari tu bang, yang telah mencuri hati abang dari saya?” Soal aku dengan senyum.
Suami jawab perempuan tu adalah janda anak seorang. Lagi aku terk3jut. Ya Allah kuatkanlah hati h4mbamu ini. Malam tu aku dah tak mampu nak cakap apa – apa lagi, aku diam. Aku belum jawab soalan suami aku lagi, suami tanya lagi “boleh tak abang nak nikah satu lagi?”
Aku diam dan terus tidur bertemankan air mata malam itu. Korang nampak tak, sebab tu aku kata suami aku ni baik, dia minta kebenaran aku cara baik, tapi aku takut apa sebenarnya sebab perempuan tu nak dekat suami aku. Adakah sebab suami aku berharta??
Selepas malam tu berlalu aku ambik masa hanya 3 – 4 hari untuk fikir. Memang suami aku mampu untuk nikah lagi, 4 orang bini pon suami aku mampu semuanya, aku tak nafikan. Seperti biasa petang tu suami aku balik rumah dan aku tengah solat asar.
Aku menyambut suami aku dengan baik. Malam tu selepas solat aku dan suami masuk bilik, sebelum tidur aku panggil suami, “Abang, saya izinkan abang untuk nikah lagi satu.’ Suami nampak terk3jut dengan jawapan aku. Dia senyum sambil ucapkan terima kasih.
Aku cakap lagi, “tapi ade satu syarat.” Suami tanya syarat ape? Aku jawab kalau dia nak nikah lagi satu, dia kena nikah dua orang sekali gus, dan perempuan yang bakal jadi isteri no 3 tu nanti pun aku akan carikan. Suami terk3jut lagi. “2 orang??”
“Ye, dua orang, abang akan dapat bini no.2 dan no.3. Kalau abang nak cukupkan 4 orang isteri pon takpe, saya tak kisah. Saya tahu abang mampu tapi buat masa ini abang nikah 2 orang je dulu termasuk saya ada 3 orang la semua isteri abang.”
Lama suami aku diam, lepas tu dia cakap yang dia setuju. Keesokannnya suami bagitahu kat perempuan tu yang aku telah setuju untuk mereka nikah tapi dengan syarat yang aku dah bagi. Perempuan tu marah, mer0yan dan jawab dia tak boleh terima kalau suami aku kahwin bini no 3 dan dia tak nak kongsi dengan perempuan lain. Dia hanya nak kongsi dengan aku je.
Selepas tu aku pergi jumpa perempuan tu dan cakap kat dia, takpe la kalau awak tak boleh terima madu nombor 3 tu nikah sekali. Buat masa ni awak nikah je dulu dengan suami saya. Nanti selepas seminggu nikah, awak bersanding. Cukup sebulan awak nikah, suami saya kena kahwin dengan seorang lagi perempuan. Saya dah carikan calon, juga janda anak 4.”
Perempuan tu menangis dan merayu kat aku jangan bagi suami nikah bini no 3. K3jam kan aku? Wahai pembaca aku tahu aku k3jam dan patut dikecam. Tapi kalau betul suami aku nak kahwin dengan janda untuk ‘membantu’ apa salahnya aku carikan janda lain yang juga boleh dibantu.
Isteri berganda, pahala berganda. Itu keputvsan mukatamad aku. Akhirnya perempuan tu membawa diri dan balik kampung kerana tak mampu terima dengan syarat yang aku tetapkan. Selepas peristiwa itu suami dah tak cakap nak nikah lagi.
Perhatian dia lebih kepada kami sekeluarga, mungkin suami dah sedar bahawa peritnya hidup isteri ramai, nak tanggung isteri – isteri, anak – anak, nasib tak baik anak – anak tiri pun nanti dia yang kena tanggung. Aku tahu aku ni k3jam dan jahat sebab tak adil buat suami macam tu sebab dia mampu.
Tapi aku tak rasa perempuan – perempuan dekat luar tu ikhlas nak dekat suami sebab cinta, semua sebab duit. Kalau suami aku susah dulu, sanggup dia makan sayur tepi parit buat makan? Aku tak kisah sesiapa nak kecam aku.
Sebenarnya aku tipu suami je suruh nikah dua orang sekali gus. Aku nak tengok sejauh mana perempuan tu boleh terima dengan syarat aku ini. Tapi apekan daya, dia telah pon pergi dari hidup suami aku. Takde perempuan pun yang sanggup hidup berkongsi kasih dalam rumahtangga ini.
Yang aku kata ada calon janda anak 4 tu pun, aku tak kenal. Main cakap je tapi dalam hati tuhan je tahu betapa takutnya aku. Kalaulah betul perempuan tu sayang dan cinta ‘m4ti’ dekat suami aku dan dia sanggup terima syarat aku, tak ke naye! Kalau jadi kira dah memang nasib aku la kena hidup bermadu – madu. Ini je cerite dari aku, wassalam.
Komen Warganet :
Maryam Maria Muhammad Ali : Tiada wanita sanggup berk0rban bermadu. Terbaik puan, bijak. Kadang – kadang mampu sara satu family pun ada nikah lagi. No 2 mer0yan bila suami tak mampu berlaku adil. Moga dipermudahkan urusan.
Latifah Hamzah : Bijak pintar guna alasan macam ni. Ambil hak orang sanggup tapi orang ambil hak dia mer0yan pulak. Bismillah. Astaghfirullahalaziim. Semoga Allah Iindungi kita juga ahli keluarga tercinta. Doa yang baik – baik Allah beri yang Terbaik. In Syaa Allah.
BACa: Boss Susu, Azmi Zainal sudah tiada dalam senarai pengarah Farm Fresh?