Automatik jadi jutawan, suami isteri jumpa syiling emas usia 400 tahun bawah lantai, nilai sekarang cecah RM1.3 Juta. Satu pasangan suami isteri langsung tidak menyangka akan tuah mereka menemui benda bernilai lebih £250,000 (RM1.3 juta) di rumah mereka. Ketika pasangan suami isteri ini mengubah suai lantai di dapur rumah mereka, tiba-tiba sahaja mereka menemui duit syiling emas yang berusia lebih kurang 400 tahun dahulu.
Pasangan suami isteri dari Britain ini pada mulanya menemui beberapa kabel elektrik biasa di bawah rumah yang sudah didiami selama lebih 10 tahun itu. Namun begitu, sebaik sahaja cuba mengerjakan lantai dapur, mereka telah menemui tin cawan yang bila diperiksa, rupanya berisi dengan syiling-syiling lama yang bernilai tinggi.
Difahamkan jumlah syiling yang ditemui oleh pasangan suami isteri ini di kawasan Kampung Ellerby, North Yorkshire adalah sebanyak 264 keping syiling yang bernilai £250,000 (RM1.3 juta).
Cawan tin logam itu ditemui tertimbus dalam lantai konkrit yang setebal 15 cm.
Pasangan suami isteri yang teruja dengan penemuan duit syiling itu pun segera menghubungi firma lelongan di Spink & Son di London bagi mendapatkan pandangan mereka mengenainya.
Pegawai yang datang ke rumah mereka kemudiannya memberikan pendapatnya mengenai syiling tersebut.
Duit syiling emas itu ternyata merupakan milik keluarga saudagar kaya dari bandar Hull, Fernley-Maisters. Fernley-Maisters merupakan pengimport dan pengeksport kayu balak, arang batu dan bijih besi. Selain itu, generasinya yang seterusnya juga pernah berkhidmat sebagai anggota Parlimen pada awal tahun 1700-an dahulu.
Antara syiling emas yang ditemui pasangan suami isteri ini adalah bertarikh dari 1610 hingga 1727 ketika pemerintahan Raja James I, Charles I dan George I.
BACA:
Menteri sahkan guru besar disamun duit bantuan RM100K telah langgar SOP
Guna mi kuning buat maruku, tak perlu uli tepung pun! – akak ni share cara buat
Shopee terpaksa potong gaji pekerja, krisis ekonomi makin memuncak