Atuk tua umur 69 tahun selamat nikahi janda muda 19 tahun

Oleh INFORAKYAT

Atuk tua umur 69 tahun selamat nikahi janda muda 19 tahun. Seorang warga emas dari Bone, Sulawesi Selatan menjadi perhatian ramai apabila jatuh cinta dengan janda muda berusia 19 tahun dan mengambil keputusan mengahwini wanita itu, lapor portal Wolipop semalam.

Andi Linge, 69, dikatakan mula tertarik dengan Ina sejak mereka berdua bertemu semasa musim menuai padi.

Selepas berasa serasi antara satu sama lain, kedua-duanya mengambil keputusan untuk berkahwin dan kisah mereka tular di media sosial Indonesia.

Mereka telah melangsungkan perkahwinan pada Ahad lalu di Dusun Mahung dalam daerah Kahu.

Atuk tua umur 69 tahun selamat nikahi janda muda 19 tahun

Menerusi video yang dikongsikan pada akaun Instagram bernama @infi_kejadian_bone_official, Andi kelihatan tersenyum tanpa henti ketika acara pernikahan, manakala Ina kelihatan sedikit malu.

Andi telah menyediakan mas kawin sebanyak 15 juta rupiah (RM4,511) dan sebidang tanah untuk isterinya itu.

BACA:

Gara-gara raya terkejut, tuan rumah sediakan duit syiling untuk tetamu satu tong

Padah gurau pasal muka Bilal, Neelofa ketuk Nabil pakai microfon

Baru umur 10 tahun dah dapat hadiah Lamborghini, “bapak dia kerja apa?”