Atlet judo dari Tajikistan menarik perhatian dunia apabila beliau menolak untuk berjabat tangan dengan pesaingnya dari Israel
selepas menewaskannya dalam Sukan Olimpik Paris 2024. Sebaliknya, lelaki tersebut melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’.
Nurali Emomali bertemu dengan pesaingnya dari Israel, Baruch Shmailov, dalam pusingan 16 untuk kategori 66 kilogram (kg).
Menurut Persatuan Judo Antarabangsa, Shmailov kalah kepada Emomali dalam masa satu minit dan tujuh belas saat.
Emomali kemudiannya akan bertemu dengan Hifumi Abe dari Jepun.
Selepas perlawanan Emomali dan Shmailov, Shmailov seterusnya bertanding melawan Abderrahmane Boushita dari Morocco.
Dilaporkan bahawa atlet Morocco juga tidak berjabat tangan dengan Shmailov.
Berjabat tangan selepas perlawanan judo bukanlah kewajipan, tetapi ia merupakan adat dan tanda hormat.
Bagaimanapun, Emomali mengalami kekalahan yang menyakitkan dalam perlawanan menentang Hifumi Abe dari Jepun.
Emomali dikatakan menangis dan mengalami kecederaan pada bahunya serta lengan kiri semasa cuba mengelakkan jatuh.
Kekalahan Emomali disertai dengan komen negatif daripada masyarakat pro-Israel, yang menyifatkan kejadian tersebut sebagai ‘karma’.
BACA: ‘Bawa banyak mana pun, soft cookies habis tiap hari’ Budak darjah 6 raih pendapatan sehari RM300