Atas darat senang je pecahkan cermin kereta, bila masuk dalam air punyalah payah nak pecahkan, lelaki ini terangkan sebabnya
Mungkin kita merasakan bahawa segala langkah pencegahan dan keselamatan telah dilakukan
Namun tiada siapa yang akan tahu bila perkara buruk akan berlaku dalam hidup ini. Bak kata peribahasa, malang tidak berbau.
Sama juga situasinya bila memandu kereta, mungkin kita sudah memandu dengan cermat dan selamat tetapi terkadang kemalangan tetap berlaku sehingga meletakkan kita di dalam situasi yang cemas.
Lebih menakutkan jika kemalangan tersebut menyebabkan kereta terbabas ke dalam sungai atau tasik
. Dalam keadaan itu, apa yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan diri?
Menurut Carput.my, agak mustahil sebenarnya untuk membuka pintu kereta dengan cepat apabila tenggelam dalam air kerana disebabkan oleh beberapa masalah. Pun begitu, tidak bermakna korang tidak perlu cuba untuk selamatkan diri.
Ikuti informasi yang dikongsikan oleh Carput berkaitan situasi ini dan bagaimana caranya untuk korang menyelamatkan diri ketika kereta tenggelam di dalam air.
Bahagian hadapan kereta bahagian paling berat
Kenapa cermin pintu dan bukan cermin depan/belakang?
Korang kena tahu ya, windshield glass ni memang direka untuk tidak bersepai. Pecah pun masih dalam keadaan sekeping.
Cermin pintu ni pula, sekali pecah hancur berderai. pic.twitter.com/JeNk6lAqDQ
— CARPUT – 🔋🚗 (@carputapp) September 16, 2021
Tekanan air daripada luar menyebabkan pintu tidak boleh dibuka
Ini contoh eksperimen daripada MythBusters.
Pintu kereta tu hanya berjaya dibuka bila kereta dah penuh dimasuki air secara keseluruhan!https://t.co/EdnAUpLLuW
— CARPUT – 🔋🚗 (@carputapp) September 16, 2021
Cara selamatkan diri
BACA: Tular video selebriti terkenal mandi pakai lingerie je, sekali lain pula yang netizen perasan