“Asalkan dapat nikmat okaylah”, sindir Tun M kepada pengkhianat Bersatu

“Asalkan dapat nikmat okaylah”, sindir Tun M kepada pengkhianat Bersatu

Rupa-rupanya ramai juga orang Malaysia yang sanggup menerima pemimpin yang telah curi berbillion duit Kerajaan.

Di antara mereka ialah pemimpin dan ahli Parti Bersatu yang dahulu menyertai Bersatu konon kerana berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri yang curi berbillion duit Kerajaan.

Mereka bekerjasama dengan parti pembangkang dahulu yang mempunyai tujuan yang sama. Dan rakyat pun beri kemenangan kepada mereka kerana percaya keikhlasan janji parti-parti ini sertai pemimpin mereka.

Apabila menang Presiden Parti Bersatu rancang bersama parti yang kalah untuk keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan supaya jatuhlah Kerajaan Pakatan Harapan.

Dengan sokongan pemimpin pencuri, Presiden Bersatu menjadi Perdana Menteri gabungan bersama parti yang kalah yang diberi nama Perikatan Nasional.

Apa kata pemimpin lain dalam Bersatu. Apakah mereka sanggup menerima pencuri sebagai pemimpin.

Okaylah – asal dapat nikmat.

Apa jadi kepada ikrar dahulu untuk lawan dan jatuhkan pemimpin kleptokrat?

Oh. Itu ikrar sahaja untuk dapat sokongan pengundi. Sekarang sudah dapat lupakan sahaja.

Dengan ini Bersatu akan hancur!! Dengan itu perjuangan untuk selamatkan orang Melayu dari pemimpin kleptokrat jadi apa?

Itu masalah Bersatulah. Asalkan kita dapat nikmat okaylah.

Di masa hadapan orang tidak lagi akan percaya kita – tak apakah?

Itu masa depan.

Demikian sikap beberapa pemimpin dan ahli Bersatu.

Sumber:

COMMENTS