Muay Thai, seni bela diri terkenal Thailand, muncul sebagai hasil dari penjajahan Thailand oleh Kerajaan Burma pada tahun 1767.
Dalam misi penaklukan Thailand, Raja Burma, Ung Wa, mengirimkan 200,000 tenteranya untuk menyerang Ayutthaya, ibu kota Kerajaan Ayutthaya, yang akhirnya berhasil dihancurkan oleh Burma.
Selepas kemenangan tersebut, Raja Ung Wa mengadakan pesta kemenangan yang berlangsung selama tujuh hari tujuh malam.
Salah satu acara utama dalam pesta itu adalah pertarungan hingga mati antara para pendekar Burma dan tahanan perang Ayutthaya.
Aturannya adalah jika seorang pendekar Burma menang, dia akan menerima hadiah besar dari Raja, sementara jika seorang tahanan perang Ayutthaya menang, dia akan dibebaskan dari tahanan.
Di antara tahanan perang yang terlibat dalam pertarungan tersebut adalah “Nai Khanom Thom”. Ketika Thom turun ke gelanggang, dia membalut tangannya dengan kain untuk memastikan pukulannya tepat dan mantap.
Sebelum pertarungan dimulai, Thom mempersembahkan tarian tradisional yang dikenali sebagai “Ram Muay” kepada penonton.
Pertarungan dimulai dengan Thom menyerang lawannya dengan cepat, menyebabkan lawannya tumbang seketika.
Namun, kemenangan Thom belum diumumkan kerana penonton Burma menganggap tarian Ram Muay sebagai sihir, menyebabkan mereka protes agar pertarungan diteruskan tanpa tarian.
Thom terpaksa bertarung lagi melawan petarung Burma yang lain, dan dalam pertarungan berikutnya, Thom berjaya menewaskan lawannya dengan beberapa pukulan dan sikuan saja.
Thom terus bertarung secara berturut-turut selama 12 kali dan berjaya mengalahkan semua petarung Burma. Raja Burma akhirnya mengakui kehebatan Thom, memerdekakannya, dan memberikan hadiah emas kepadanya.
Seni bela diri yang digunakan oleh Thom dalam pertarungan tersebut kemudian dikenali sebagai “Muay Thai”.
Kisah kejayaan Nai Khanom Thom tercatat dalam buku sejarah wajib di sekolah-sekolah Thailand.
Pemerintah Thailand menetapkan 17 Mac sebagai Hari Nasional Muay Thai, memperingati tarikh di mana Thom mengalahkan 12 petarung Burma dengan seni bela diri Muay Thai.
BACA: Isteri izin suami kahwin dua dapat payung emas, betul ke? Ini jawapan bekas Mufti