“Asal hujung minggu je, bapa mertua mesti datang cek rumah dah macam warden asrama, awal pagi dia dah tercegat depan rumah, tekan loceng sampai buka”

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi post luahan hati saya. Nama saya Teratai. Berusia 30 tahun.

Sudah berkahwin dengan Limau hampir 5 tahun dan mempunyai 2 orang anak lelaki dan perempuan yang sangat comel.

Alhamdulillah Limau datang dari keluarga yang agak senang dibandingkan dengan saya. Semua keperluan Limau disediakan oleh ibu bapanya.

"Asal hujung minggu je, bapa mertua mesti datang cek rumah dah macam warden asrama, awal pagi dia dah tercegat depan rumah, tekan loceng sampai buka"

Berbeza dengan saya.. Saya telah dididik dari kecil jika mahukan apa – apa perlu usaha sendiri dan memang saya juga jenis yang tidak suka menyusahkan orang lain lagi – lagi ibu bapa saya.

Sebagai contoh, kereta. Saya memiliki kereta pada usia 24 tahun semua hasil dari duit saya sendiri termasuk downpayment. Limau pula dapat kereta cash dari abahnya.

Pada awal perkahwinan, kami duduk bergilir. Sebulan di rumah ibubapa saya, sebulan di rumah ibubapa Limau. (Jarak rumah dalam 20 minit sahaja).

Sebelum berkahwin lagi saya sudah berbincang dengan Limau untuk beli rumah kediaman kami di kawasan yang berdekatan dengan kedua ibubapa kami. Saya mencadangkan untuk joint loan. Namun, Limau maklumkan, Abah dah belikan rumah untuk kami duduk.

Tapi rumah tersebut nama Abah dan dibeli secara cash. Siapa yang tak seronok, dapat duduk rumah free kan? Tapi itu bukan saya. Sebab saya rasa ibarat menumpang di rumah orang. Saya ajak Limau beli rumah lain, letak nama bersama.

Namun cadangan saya ditolak. Kenapa perlu ada komitmen jika dah ada yang memudahkan. Saya pon akur. Ditakdirkan pada 2019 ibu mertua saya meninggaI dunia. Tinggal lah abah bersama kakak dan adik ipar sahaja di rumah mereka.

Kakak ipar pada mulanya menyuruh kami pindah duduk bersama mereka di rumah Abah. Namun suami enggan kerana kesiankan saya dari segi aurat dan juga inginkan privasi bersama.

Namun, bermula dari situ, setiap minggu hari Sabtu dan Ahad abah dan adik akan datang ke rumah kami.

Kadang – kadang datang meng3jut tanpa beritahu. Kadang – kadang jika pagi kami dah berkunjung ke rumah abah. Lepas asar kami pulang, dalam jam 5.30pm abah datang pula ke rumah kami

. Setiap minggu. M4kin lama saya m4kin ann0ying sebab hari minggu lah untuk saya mengemas rumah, berehat, luangkan masa bersama keluarga,

Tambahan pula anak – anak saya masih kecil dan sedang buas orang kata. Memang rumah bersepah (bersih tapi bersepah dengan mainan).. Kain baju tak berlipat. Bila hari bekerja jam 7 pagi kami dah keluar, balik sampai rumah dah 7 petang.

Malam nak settle anak – anak makan lagi.. urus kain baju untuk esok lagi.. sampai lah jumaat jadual yang sama. Pernah satu hari, hari sabtu pagi – pagi ye dalam jam 9 pagi dah tercegat depan pagar tekan loceng berkali – kali.

Ya Allah tekanan perasaan sangat saya masa tu. Tapi apa saya boleh buat, ni rumah dia. Bukan rumah saya. Terp4ksa akur. Saya jujur dengan suami. Saya letih macam ni. Tiap pagi Sabtu saya akan anxiety nak mengemas rumah sebab takot Abah datang.

Oh ye.. Abah kalau datang memang macam w4rden ye.. dia akan tinjau setiap ruang. Tapi dia tak cakap apa – apa. Tu yang saya risau. Risau dia bercerita kat adik beradik ipar kalau rumah saya bersepah. Saya tak basuh pinggan, baju tak sempat lipat. Risau.

Bukan saya tak buat semua tu tapi memang kebetulan masa dia terjah tu saya tak sempat nak mengemas lagi, dengan anak kecil lagi. Str3ss sangat rasa. Saya dah buat keputusan nak beli rumah lain, atas nama saya sorang, loan saya sorang.

Saya cakap kat Limau, risau kalau awak m4ti dulu, saya dan anak – anak kene duduk kat lain sebab ni bukan rumah awak, ni rumah abah. Apa – apa yang akan datang kita tak tahu, awak tak nak beli takpe biar saya beli. Saya dah submit loan.

Alhamdulillah dah lulus tapi Limau pula company dia kene MSS.. Jadi komitmen akan sedikit terbeban jika saya beli rumah tersebut. Jadinya saya cuba berlapang d4da, redha. Saya layankan je lah sikap abah tu, duduk je lah rumah abah. Jaga macam rumah sendiri dan droakan supaya suami panjang umur.

Tapi.. baru – baru ni.. kami ada buat renovation sedikit dari segi interior design.. saya masukkan dalam status. Mungkin kakak ipar ada tunjuk kat abah.. kami ingat nak suprise kat abah bila dia datang nanti. Namun.. masa abah datang ke rumah minggu lepas, reaksi abah macam biasa, tak terk3jut.

Saya syak oh mungkin sebab kakak ipar dah tunjuk kat abah melalui status saya. Tapi abah terlepas cakap yang, ‘Abah datang tengok dah masa kamu berdua takde kat rumah’. Betapa terk3jutnya kami berdua. Dalam hati saya sangat sedih, tekanan pon ada..

Ya.. saya tahu, ni rumah abah bukan rumah kami, rumah ni nama abah. Tapi takkan takde sikit pon rasa common sense untuk jaga privacy anak dan menantu? Datang ke rumah yang kami duduk senyap – senyap tanpa bagitahu.

Dah lah datang dengan suami kakak ipar, datang masa hari kami bekerja dengan rumah tak berapa nak kemas, baju bertimbun. Malunya saya. Entah lah, kadang – kadang saya kesian kat Limau sebab saya banyak mengeluh pasal per4ngai abah dia.

Bukannya saya tak bersyukur dapat duduk rumah free, saya sangat bersyukur. Cuma saya harap bagi lah kami sedikit ruang untuk bernafas di hari mingg sebab hari biasa memang hari – hari akan singgah rumah abah dulu sebelum balik kerja.

Sampaikan terdetik kat hati saya untuk berpisah. Biarlah dia sorang je layan karenah abah dia. Saya nak beli rumah sendiri tak perlu nak minta izin sesiapa tapi kasihan pula kat anak – anak.

MOHON JANGAN LAH KECAM SAYA..BERILAH KATA – KATA SEMANGAT UNTUK LUAHAN SAYA NI. Terima kasih. – Teratai (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Zakiah Kasah : Sebenarnya benda – benda yang berlaku ni menunjukkan rumah tu rumah abah. Masalah akan lagi besar bila abah meninggaI dunia. Rumah abah tu akan jadi harta faraid pula. Kalau begitu usahala untuk beli rumah sendiri ya untuk elakkan masalah lain di kemudian hari.

Indra Putra : Setuju dengan sorang kat atas tu, beli umah dan sewakan. Pastu layankan saja. Jangan overthinking. Jangan risau kalau keadaan umah masih bersepah ke apa. Selalunya, orang lelaki takde nak drama sangat.

Mungkin awak overthinking. Kalau bersepah, jujur saja. Senyum kambing. Mengemas dan membersih, mempercantik rumah untuk kesihatan diri dan keluarga sendiri ya. Bukan untuk dipertontonkan.

Let say ayah mertua atau sesiapa pun ahli keluarga nak datang masa rumah huru hara, saya tak rasa ayah mertua ada fikir apa – apa. Dia nakk tengok cucu dia jer tu. Janganla plak nak letihkan diri mengemas laju – laju. Biar ayah mertua tengok realitinya begitu.

BACa: “Lepas cerai suami langsung tak nak call aku, masa iddah aku ada ajak rujuk tapi suami dah keras hati, balik dari umrah terus aku marah mak, salahkan mak”