‘Asal cuti je jem’ Kundasang terima nasib yang sama dengan Cameron Highland

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Cuti sekolah dan sambutan Hari Krismas esok menyebabkan laluan ke kawasan tarikan di Kundasang, Sabah,

Mengalami kesesakan teruk, dengan kenderaan bergerak perlahan dan ada yang terperangkap sehingga dua jam.

Beberapa video yang dikongsi pengunjung di TikTok menunjukkan deretan kenderaan beratur panjang menuju ke Kundasang.

Difahamkan, acara Pesta Kubis Kundasang 2024 yang sedang berlangsung turut menyumbang kepada kesesakan ini, dengan ramai pengunjung menuju ke lokasi acara.

Seorang pengguna TikTok, monikamely22, mengeluh tentang pengalaman terperangkap dalam kesesakan:

'Asal cuti je jem' Kundasang terima nasib yang sama dengan Cameron Highland

“Mau menangis sudah aku. Mana kereta manual lagi, ampun. ‘Jammed’ belum lagi sampai pekannya, ya Allah matilah aku. Dua jam bah aku ‘jammed’, panjangnya.”

Pengguna lain, khuz, menambah:
“Cuti sekolah tambah Krismas dua hari lagi, Pesta Kubis dan Kundasang ‘jammed’.”

@eazy_holidays Mau bercuti ke kundasang ? Click jak link di bio. Bukan kamu juga yg driver nnti🤭 #jemkundasang #kundasangproblem #kundasang #kundasangtrip #pakejkundasang ♬ original sound – Ehh Adam Evan’z – Mohd adam

Menurutnya, Pesta Kubis Kundasang adalah acara tahunan yang menampilkan pelbagai aktiviti seperti gerai jualan, sukan rakyat, dan persembahan nyanyian. Nama pesta ini diambil daripada kubis, salah satu hasil tani utama Kundasang.

Kesesakan ini mengingatkan ramai pelancong, terutama dari Semenanjung, kepada situasi di Cameron Highlands yang sering sesak pada hujung minggu, cuti sekolah, dan cuti umum.

“Penyakit Cameron Highlands dah sampai ke Kundasang,” komen Ujang Abu.
“Dah macam Cameron Highlands sesak asal cuti,” kata Gfaz1711.
“Cameron Highlands versi Sabah,” tambah bukanbulanlebai.

BACA: