“Arwah ayah ada tinggalkan rumah dan pencen, sepatutnya aku dan adik-beradik tak hidup susah tapi lain pula jadi bola mak kahwin lagi”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Assalamualaikum semua, aku amat tertekan kalau aku scroll di fb, di tiktok semualah di sosiaI media mengenai JANGAN derh4ka dengan emak.

NAK berjaya kena baik dengan emak. NAK hidup senang santuni emak. DOA seorang emak tiada hijabnya.

SYURGA di bawah telapak kaki emak. Semuanya tentang EMAK!Kalau seorang anak tu dah berusaha macam macam untuk menjaga hati emak,

"Arwah ayah ada tinggalkan rumah dan pencen, sepatutnya aku dan adik-beradik tak hidup susah tapi lain pula jadi bola mak kahwin lagi"

membahagiakan emak, TETAPI emaknya sendiri membuangnya seperti anak pungut bagaimana adakah dikira anak derh4ka? Aku sangat tertekan,

memang aku mengakui hidup aku tidak berjaya dalam pelajaran, tidak berjaya dalam perniagaan, semua yang aku buat semuanya tidak berjaya.

Aku sebenarnya tahu, emak aku memang tak suka aku dari lahir, kerana apa? Aku pun tak tahu, yang aku tahu sejak aku lahir, yang menjaga aku adalah emak sed4ra aku yang ketika itu masih bersekolah tingkatan 3.

Sehingga aku darjah 3, ayah aku meninggaI dunia. Dan mak sed4ra aku telah melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Oh untuk pengetahuan semua aku hanya ada 2 orang sahaja adik beradik. Setahun selepas ayah aku meninggaI, emak berkahwin semula, bermulalah episod rumahku ner4kaku.

Arw4h ayah aku dahulu pegawai kerajaan, jadi arw4h memang ada tinggalkan rumah, pencen, duit royalti dan adalah duit – duit lain yang ditinggalkan untuk emak.

Ketika itu aku dan adik aku masih kecil, memang tidak ambil tahu sangat mengenai urusan duit – duit semua tu. Kiranya ayah aku meninggaI, sepatutnya aku dan adik aku tak susah. Tapi bila emak kahwin lagi dan dapat anak dari bapa tiri ku itu, lagiIah emak aku benci sangat dengan aku. Padahal aku adalah seorang pelajar yang sangat cemerlang.

Aku pendekkan cerita, memang dari aku kecik sampai dewasa, emak selalu cari pasal dengan aku. Aku seumur 12 tahun, semua kerja rumah aku buat, kecuali masak sahaja. Aku jenis tak kisah, sebab hobi aku memang suka mengemas, aku akan lakukan semua kerja rumah setiap hari.

Aku sekarang dah pun mencecah umur 50 tahun, cuma aku sem4kin sedih, emak aku sem4kin tua sem4kin membenci aku dan adik aku. Macam – macam dah kami cuba lakukan untuk emak aku, tapi emak tetap macam dulu juga, malahan emak tetap membenci kami.

Aku cuba sedaya upaya aku untuk membahagiakan ibu, bagi duit, aku membantu sedikit dari segi kewangan jika adik – adik nak bersekolah, kelengkapan dapur sehinggakan setiap kali ku balik kampung, aku akan mengemas rumah emak, bagi keselesaan emak.

Aku cuba min, berikan keselesaan kat emak, aku belikan emak gelang emas, aku belikan emak handfon supaya dia mudah untuk berhubung, tapi kan min, mak aku tetap tak nampak aku. Kalau adik – adik dari anak bapak tiri aku kan, emak aku selalu je memuji, bercerita senang cerita, memang emak aku cananglah cerita baik – baik mengenai mereka.

Oh aku lupa nak beritahu, perkahwinan emak aku dengan suami dari ner4ka (bab bapa tiri tu, aku malas nak tulis, korang pasti tahukan, bapa tiriku tu jenis macamana, berdasarkan cerita aku ini) tu, dapatlah anak 4 orang.

Mereka ni semua di tatang seperti minyak yang penuh. Padahal rumah yang mereka duduk tu dan hasil pencen yang emak aku dapat tu semua dari peninggalan arw4h ayah. Suaminya yang dari ner4ka tu, seronok duduk free, duit free semua.

Apabila memasing adik – adik yang bapa berlainan dah besar, mereka menjadi batu api, selalu mencucuk emak, selalu fitnah aku dan adik aku macam – macam, supaya emak bertambah benci dengan aku dan adik aku. Aku tak pernah cemburu dengan nasib mereka, kerana mereka berjaya dalam pelajaran tinggi dan memiliki kerja yang hebat, pada aku, rezeki mereka mendapat doa dan restu dari seorang emak.

Aku sangat sedih, aku rasa tertekan sangat, adakah aku anak derh4ka? Adakah aku tak dapat civm syurga? Adakah aku memang ditakdirkan masuk ner4ka? Tahun 2022 aku dengan adik aku berselisih faham dengan emak aku.

Puncanya dari hasutan salah seorang adik yang berlainan bapa tu. Emak percaya bulat – bulat cerita mereka emak aku tak nak jumpa aku, tak nak angkat call aku, tak nak baIas wasap aku. Ni kan min, bukan kali pertama tau emak buat aku camni.

Sehingga aku lupa dah entah yang keberapa kali emak buat aku dengan adik aku. Kepada semua yang membaca, doakan emak aku dilembutkan hatinya. Aku sangat tertekan dan rasa sedih sangat. Sepatutnya diusia aku begini, aku nak balik jumpa mak, berborak dengan mak. Tapi apakan daya.

Kadanng – kadang aku nengok juga status adik – adik bapa berlainan tu. Mereka happy gembira bersama emak. Emak pun nampak sihat dan gembira bersama anak – anaknya yang dia sayangi serta cucu – cucu yang dicintainya.

Seolah – olah aku dengan adik aku memang tak wujud dalam kamus hidup mereka. Aku sudahi cerita aku ini, buat tatapan korang semua, agar jangan sesekali pilih kasih dalam menyayangi anak – anak, asbabnya sangat terkesan di hati anak sampai bila – bila. – Aku anak kandung tapi di anggap macam anak tiri (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Widuri Manja : Salam puan, rasanya bukan puan yang bermasalah tapi ibu puan yang bermasalah. Puan dah cuba buat yang terbaik tapi masih tetap dipinggirkan oleh ibu, jadi takde isu anak derh4ka atau doa restu ibu.

Banyak yang akan disoal nanti pada ibu puan, akan ketidakadilan dan amanahnya terhadap anak – anak dari segi kasih sayang, tanggungjawab dan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh arw4h bapa puan.

Jangan putus doa supaya dilembutkan hati ibu dan layan baiklah seperti biasa walaupun dia tetap ignore puan. Puan pun dah berumur 50 tahun,

jadi focuslah pada diri dan keluarga sendiri, jangan dipertikaikan apa yang berlaku sebab nanti diri sendiri yang rasa tak puas hati dan selebihnya berserah pada Allah yang maha mengetahui.

Ahmad Morag : Cerita sebeIah pihak kita pun tak tahu apa cerita satu pihak lagi. Awak pun dah tua, umur 50an. Apa lagi nak buat kalau orang tak sudi. PergiIah duduk jauh – jauh sikit, barulah ada alasan kalau tak menjenguk.

Berhenti sayang kepada orang yang tak sudi. Sayangi diri sendiri dahulu. DahuIukan keluarga sendiri. Emak tu dah tua, kamu biar je la dia dengan anak – anak kesayangan dia tu menjaganya.

Berpakat elok – elok dengan adik. Dia satu – satunya g3ng kau. Kental la sikit hidup ni. Setakat mak buat hal, kau sibukkan diri buat hal kau sahaja lah.

BACA: “Bukan mudah jadi janda, aku kalah dengan nafsu sendiri, aku nekad terus terang dengan suami baru sekali ini respon dia”