ARIF Melaka sertai operasi disinfeksi/nyahvirus Covid-19 Daerah Melaka Tengah

ARIF Melaka sertai operasi disinfeksi/nyahvirus Covid-19 Daerah Melaka Tengah

Amal Relief Malaysia (ARiF) Negeri Melaka di antara NGO yang telah menjalani latihan disinfeksi/nyahvirus Covid-19 yang dikelolakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah baru-baru ini.

Sukarelawan ARiF telah dilatih untuk mematuhi garis panduan dan SOP yang betul serta langkah-langkah penjagaan keselamatan diri ketika mengendalikan operasi tersebut.

Operasi pertama telah dilaksanakan pada 08.04.2020 (Rabu) dengan kekuatan 8 orang petugas di lapangan.

Kawasan Operasi :
1- Klinik Desa Telok Mas
2- Klinik Desa Alai
3- Klinik Desa Semabok
4- Klinik Komuniti Duyong
5- Komuniti Kesidan.
6- Klinik Komuniti Krubong

OPERASI SETERUSNYA :
09.04.2020
10.04.2020
11.04-2020

Kekuatan Petugas Bergilir :
20 Orang Sukarelawan

Justeru itu, kami dengan penuh hormat ingin memohon sumbangan ikhlas daripada Rakyat Malaysia bagi menampung kos pengurusan operasi seperti keperluan berikut :

1-Pembelian Peralatan Operasi
2-Pembelian Sut Pakaian Operasi (PPE)
3-Kos Pengangkutan
4-Kebajikan Sukarelawan

Sokongan Anda Amat Diperlukan.
Ayuh Menyumbang.Hulurkan sumbangan anda melalui Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia.

Akaun Maybank : 569963013396

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada induvidu-induvidu yang telah menyumbang serta jutaan terima kasih kami ucapakan kepada Hj Zaini serta ahli Parlimen Kota Melaka YB Khoo Poy Tiong di atas sumbangan menggunakan kenderaan 4WD untuk kami menjalankan tugasan.

Marilah kita berdoa agar Allah memelihara Sukarelawan ARiF yang bertugas, FRONTLINER Negara dan Rakyat Malaysia daripada wabak ini serta memohon agar dipulihkan semula keadaan kepada sediakala. Amin.

“Sabda Nabi Muhammad SAW : Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.”
(Hadis riwayat at-Thabrani)

Peduli Sedia Khidmat

Hairil Anuar Bin Samat
Pengerusi Amal Relief Malaysia
(ARiF) Negeri Melaka
Talian : 0169811315