Pentadbiran kerajaan Arab Saudi semakin berkiblatkan nafsu apabila mengadakan pertunjukan fesyen pakaian renang pertama kalinya yang menampilkan model pakaian renang wanita.
Penganjuran acara dosa itu adalah siri ‘pembaharuan’ pemerintah negara itu
selepas menganjurkan pelbagai pesta hiburan besar-besaran serta memenjarakan ulama yang menegur kemungkaran.
Acara pertunjukan fesyen separuh telanjang itu berlangsung di tepi kolam itu kelmarin
Dengan menampilkan fesyen ciptaan pereka Maghribi, Yasmina Qanzal bertemakan warna merah, kuning air dan biru.
Sepanjang acara itu berlangsung, kebanyakan model mendedahkan bahu dan sebahagian badan.
“Memang benar negara ini sangat konservatif. Namun, kami cuba menunjukkan pakaian renang elegan yang mewakili dunia Arab.
“Apabila datang ke sini, kami difahamkan bahawa pertunjukan fesyen pakaian renang di Arab Saudi merupakan detik bersejarah.
“Ini adalah kerana ia kali pertama diadakan,” kata Qanzal, lapor AFP.
Pertunjukan itu berlangsung pada hari kedua Minggu Fesyen Laut Merah yang julung kali diadakan di Resort Laut Merah St Regis, di luar pantai barat Arab Saudi.
Menurut pempengaruh fesyen Syria, Shouq Mohammed, percubaan Arab Saudi untuk membuka diri kepada dunia dan mengembangkan sektor fesyen dan pelancongan tidak menghairankan.
Pada 2022, industri fesyen menyumbang AS$12.5 bilion, atau 1.4 peratus daripada KDNK negara dengan menjadi sumber pendapatan kepada seramai 230,000 orang, menurut laporan yang diterbitkan tahun lalu oleh Suruhanjaya Fesyen Saudi.
Penampilan sejumlah model pakaian renang wanita dalam pertunjukan fesyen itu berlaku di tengah-tengah gelombang pembaharuan sosial yang diperkenalkan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.
Menerusi agenda pembaharuan Wawasan 2030, Arab Saudi sejak beberapa tahun lalu melonggarkan sekatan terhadap muzik dan tarian selain memperkenalkan pawagam dan festival muzik campuran jantina.
Malah, Arab Saudi menghantar peserta ratu cantik Miss Universe yang pertama tahun ini dengan penyertaan model terkenal, Rumy Alqahtani.
Ini sekaligus menyaksikan bendera Arab Saudi muncul buat julung kali dalam sejarah penganjuran Ratu Cantik Miss Universe sejak 1952.
Dalam masa sama, negara yang menempatkan tapak paling suci Islam di kota Makkah dan Madinah itu juga memenjarakan ulama dan imam terkemuka yang mengkritik ‘agenda pembaharuan’ Putera Mahkota.
Antara paling heboh diperkatakan, hukuman penjara 10 tahun kepada bekas imam Masjidil Haram dan pendakwah terkemuka, Sheikh Saleh Al Talib pada 2022.
Sheikh Saleh dengan pengikut dan ribuan menonton khutbah dan bacaan al-Qurannya di YouTube telah ditahan pada Ogos 2018.
BACA JUGA “Hilang maruah bila anak nampak aku kena sepak terajang dengan suami, tapi sekarang aku happy