Arab Saudi buat konsert mega tampil artis seksi sambut tahun baru

Arab Saudi buat konsert mega tampil artis seksi sambut tahun baru

Arab Saudi buat konsert mega tampil artis seksi sambut tahun baru. Penyanyi Lubnan, Nancy Ajram antara selebriti yang dijemput memeriahkan persembahan semasa konsert Tahun Baharu yang diadakan di Bandar Boulevard Riyadh, Mohammed Abdo Arena, malam tadi.

Selain Nancy, penyanyi Arab lain yang diundang ialah Elissa, Asala Nasri, Najwa Karam, Angham, Latifa, Nawal Al-Zoghbi, Saber Rebai, Wael Kfoury, Assi El-Hallani, Bahaa Sultan dan Waleed Tawfeek.

Konsert bertemakan ‘Malam Trio Arab’ mendapat sambutan luar biasa apabila dipenuhi dengan kehadiran penonton.

Arab Saudi buat konsert mega tampil artis seksi sambut tahun baru

Selain konsert, Arab Saudi turut menyediakan pelbagai pilihan tempat makan mewah dan pertunjukan bunga api kepada pengunjung.

Sambutan tahun baharu turut berlangsung meriah di Jeddah dengan pesta di hotel tepi pantai serta hidangan makan malam di atas bumbung bangunan.

Bandar bersejarah, AlUla turut menyediakan pelbagai hidangan persembahan dengan festival kebudayaan dan muzik.

Pengunjung turut berpeluang merasai pengalaman tarian yang dibawakan oleh Swizz Beats serta meneroka bandar hab budaya.

BACA JUGA :

Pernah buat kapal satu dunia jam teruk, Evergreen beri bonus 52 bulan kepada pekerjanya

Covid makin parah di China, Sabah wajibkan ujian saring pelancong

‘Sampai sekarang aku gigil tengok lelaki ‘bogel’ berdiri depan pintu rumah’

CATEGORIES