Arab Saudi bina pencakar langit baru lagi, kos RM4 Trillion! Arab Saudi mendedahkan rancangan untuk membina sebuah bangunan pencakar langit yang dianggarkan bernilai AS$1 trilion (RM4.45 trilion).
Pencakar langit dikenali sebagai Mirror Line, akan dibuat daripada kaca cermin dan dibina lebih tinggi berbanding Bangunan Empire State di Amerika Syarikat (AS).
Lapor Daily Mail, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman mengumumkan Mirror Line akan menjadi sebahagian daripada bandar futuristik NEOM, Januari lalu.
Beliau menyimpan hasrat besar mahu Riyadh menempatkan projek pembinaan ikonik seperti Piramid Mesir.
“Projek Mirror Line dilihat merupakan revolusi peradaban yang mengutamakan manusia,” kata Mohammed Salman.
Mirror Line bakal merangkumi dua bangunan setinggi 487 meter yang selari antara satu sama lain dan merentasi padang pasir, pantai dan landskap pergunungan sepanjang 120 kilometer (km).
Sebelum ini, Mohammed Salman dilaporkan mahu projek Mirror Line siap menjelang 2030.
Namun, pasukan jurutera memaklumkan bangunan pencakar langit itu boleh mengambil masa selama 50 tahun untuk dibina.
“Bangunan ini terlalu panjang sehingga ia akan didirikan di atas struktur keras untuk mengambil kira kelengkungan bumi dan juga mempunyai laluan kereta api berkelajuan tinggi di bawahnya.
“Jika siap sepenuhnya, bangunan pencakar langit itu akan merentasi dari Teluk Aqaba melalui banjaran gunung dan pantai sehingga ke `aerotropolis’ padang pasir,” jelas laporan Wall Street Journal.
Projek itu dijangka menempatkan lima juta penduduk selepas siap dibina.
BACA:
Pasangan dari Kedah kena cekup bersama dalam hotel, ‘kenal tak sampai 24 jam..’
Terkini !!! Gangguan elektrik besar-besaran dilapor berlaku hari ini
Rogol pembantu rumah, mahkamah jatuhkan hukuman kepada Adun Tronoh