Cuba tanya kanak-kanak mana yang tidak kenal pemilik nama Aqil Zulkiflee.
Majoriti budak di Malaysia kenal pempengaruh ini melalui youtube dengan konten games dan makanannya.
Aqil Zulkiflee yang mempunyai perwatakan yang mampu menarik kanak-kanak untuk menontonnya di video.
Baru-baru ini pempengaruh itu selamat bernikah dengan peminatnya.
Namun yang tidak sedap dipandang adalah video berbulan madunya.
Menerusi hantaran tersebut, Aqil berkongsi momen mesra sewaktu sedang mandi di sebuah kolam renang bersama isterinya dengan membuat aksi 18 tahun ke atas.
Dapat dilihat, Aqil yang memakai baju berwarna memberikan layanan yang sungguh istimewa buat isteri tercintanya dengan memeluknya.
Tindakan Aqil yang berkongsi aksi terlebih mesra bersama isterinya itu seakan tidak dipersetujui wargamaya yang rata-ratanya merupakan golongan ibu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Aqil untuk menapis kandungan yang dimuat naiknya di media sosial memandangkan kebanyakkan peminat pempengaruh berusia 28 tahun itu adalah kanak-kanak.
Setakat artikel ini ditulis, video perkongsian Aqil telah meraih lebih 450,000 tontonan dan lebih 23,000 tanda suka.