Aplikasi SELangkah dibangunkan Selangor hadapi Covid-19 dimanfaatkan semua negeri Semenanjung

Aplikasi SELangkah dibangunkan Selangor hadapi Covid-19 dimanfaatkan semua negeri Semenanjung

Aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) dibangunkan Kerajaan Negeri bagi menjejak kontak Covid-19 dimanfaatkan semua negeri di Semananjung Malaysia, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata berdasarkan data diterima, Johor antara negeri yang merekodkan penggunaan tinggi selepas Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

“Perlis turut menggunakan aplikasi ini dan mencatatkan lebih kurang 83 pengguna. Ini antara sumbangan Selangor kepada kerajaan untuk jejak kontak seterusnya mengekang penularan Covid-19,” katanya ketika sesi temubual dalam talian pada Program Cendol Aidilfitri anjuran Institut Darul Ehsan hari ini.

Penggunaan SELangkah luar Selangor membabitkan syarikat atau premis perniagaan memiliki rangkaian cawangan di negeri lain antaranya 7-Eleven, Al-Ikhsan Sports, Giant Hypermarket, JM Bariani House, F&N Coca Cola (M) Sdn Bhd, Coffee Bean & Tea Leaf, SP Setia dan Chilli’s.

Aplikasi itu diperkenalkan 4 Mei lalu bagi menjejak jangkitan virus di mana-mana premis perniagaan atau pejabat bagi memudahkan pengesanan kontak jika berlaku jangkitan.

Pemilik premis hanya perlu mencetak kod QR melalui portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my dan mempamerkannya untuk diimbas pengunjung.

SELangkah hanya memerlukan maklumat nama dan nombor telefon tanpa mendedahkan data peribadi individu.

Berita Penuh :https://selangorkini.my/2020/05/semua-negeri-semenanjung-manfaat-selangkah-jejak-covid-19/

COMMENTS