Apalah nasib TH di bawah kerajaan PN – Mujahid

Apalah nasib TH di bawah kerajaan PN – Mujahid

Pelan pemulihan TH tidak mungkin digerakkan tanpa satu penemuan secara profesional dan bebas terhadap akaun TH berakhir tahun 2017. Bermula dari sini, segala keperluan dan keutamaan pemulihan dikenalpasti.

Segala perancangan pemulihan perlu memelihara kepentingan 9 juta pendeposit dan diserahkan kepada kepakaran golongan profesional tanpa campurtangan politik waimma dari Menteri sendiri. Golongan pakar harus diberi keselesaan membuat keputusan secara telus dan profesional.

Bagi pihak kerajaan PH pula, komitmen pakej pulih TH terjamin dalam bentuk ‘going concern’ (keprihatinan berterusan) serta memastikan obligasi menebus apa sahaja kemudahan yang diberikan dapat dipenuhi. Semua kepentingan ini dimasukkan dalam komitmen fiskal dalam bajet 2020 yang dibentangkan. Begitulah komitmen PH untuk menjayakan pakej pemulihan TH.

Hari ini kerajaan PN terpaksa memperakui bahawa pemulihan sejak 2018 telah mula menampakkan hasil. Kayu pengukur utama kepada arah pemulihan ialah melihat kelebihan aset RM 78b berbanding tanggungan sebanyak RM1.9B pada 30 Jun 2020 (sebagaimana soalan saya pada PM pada 13 July di parlimen baru ini).

Kayu pengukur juga dilihat kepada keprcayaan yang meningkat oleh pendeposit iaitu nilai deposit sebanyak RM73.86b dicatatkan pertengahan tahun 2020. Pendapatan pelaburan pula RM1.55B manakala strategi alokasi semula aset terbukti berjaya dengan pulangan hasil dari pendapatan tetap sebanyak RM1b. Semua jawapan membawa petunjuk proses pemulihan TH telah menunjukkan hasil memberangsangkan!

Namun apa respons Menteri dalam penggulungan bahas Titah YDPA?

1. Menteri di JPM Bahagian Agama tidak menyentuh langsung segala keberhasilan yang telah dicapai bagi membuktikan kejayaan pemulihan sekurangnya bersikap jujur dengan menyatakan fakta.

2. Menteri di JPM (Agama) sebaliknya menekankan keperluan Jawatankuasa Khas untuk meneliti transaksi TH. Apakah ini mesej tidak percaya kepada usaha pemulihan yang terbukti kejayaannya? Lebih penting ialah apakah ini mahu menafikan penat jerih Pengerusi TH hari ini dan CEO serta pasukan pengurusannya yang merupakan teras kejayaan pelan pemulihan?

3. Kenyataan Menteri dalam penggulungan juga dilihat tertekan dengan emosi politik pendesak kerana menyebut tidak menolak kemungkinan RCI sedangkan dalam soalan resmi saya tempoh hari di parlimen beliau yang juga bekas mufti menjawab hanya jawatankuasa khas diperlukan.

4. Menteri juga seolah mengelak soalan-soalan teknikal penting seperti kenapa Laporan Audit TH 2018 tidak dibentang walhal ia telah siap. Begitu juga Laporan Kewangan 2019 apakah kerana Jabatan audit belum selesai ataukah ia tidak dikemukakan oleh TH?

Menteri jaga Tabung Haji sekarang telah gagal bersikap jujur di parlimen kelmarin 10hb Ogos 2020. Saya terbayang wajah Pengerusi TH hari ini, wajah mantan CEO DS Zukree serta pasukannya dan wajah Datuk Nik Hasyiudin CEO TH. Menteri tidak menjaga kepentingan pengurusan TH tetapi tunduk kepada desakan politik murahan lalu mengabaikan tanggungjawab membela institusi kebanggaan umat Islam.

Apalah nasib TH di bawah kerajaan PN….

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar
Naib Presiden Parti AMANAH

11 Ogos 2020

COMMENTS