Apakah bakal timbul covid-19 kluster parlimen

Apakah bakal timbul covid-19 kluster parlimen

Perlis, Pulau Pinang dan Kedah adalah 3 negeri awal yang bebas covid 19 di Malaysia kini mula di serang kembali selepas lebih 100 hari berada dalam zon hijau, gara-gara Kluster Sivagangga di mana seorang penduduk tetap yang pulang dari India tidak mengikut SOP yang di syaratkan oleh kerajaan.

Sehingga 17 ogos di laporkan sebanyak 52 kes positif baru telah di kesan di Kedah dan Pulau Pinang hasil saringan 1,408 individu yang berkait rapat dengan kluster Tawar dan Sala menjadikan Kedah kini juara covid 19 di Malaysia.

Semua berpunca dari mereka yang pulang dari luar negara dan tidak mengikut syarat KKM supaya kuarantin kendiri selama 14 hari yang mengakibatkan wujudnya kluster-kluster baru serta menyusahkan orang ramai.

Tiba-tiba seorang menteri yang baru pulang dari Turki tanpa rasa bersalah hadir ke parlimen berkumpul bersama lebih 200 orang ahli parlimen dalam satu masa.

Cerita covid 19 ini bukan cerita politik, ini adalah cerita betapa rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik sama-sama membantu kerajaan dalam membendung gejala pandemik ini supaya negara ini dapat pulih kembali dan rakyat dapat mencari rezeki dengan rasa selesa.

Namun manusia celaka seperti menteri ini tidak peduli semua itu kerana mungkin isterinya sudah lama ketagih untuk bercuti di luar negera dan kerana sayangkan isteri selain daripada membeli kereta mewah untuk di hadiahkan kepada isterinya dulu, kini isterinya merengek pula mahu membeli belah di luar negara.

Mungkin baginya apalah sangat kalau di denda ribu-ribu pun kalau kereta harga RM600ribu pun boleh beli untuk isteri apalah sangat denda RM10ribu.

Sumber :

COMMENTS