Apabila dua anak raja ‘paling berpengaruh’ bertemu

Apabila dua anak raja ‘paling berpengaruh’ bertemu

Apabila dua anak raja ‘paling berpengaruh’ bertemu. ‘Bos besar’ yang juga pemilik kepada kelab gergasi Liga Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC (SFC) mengadakan perjumpaan hari ini bagi membincangkan perkara berkaitan pembangunan bola sepak pasukan masing-masing.

Menerusi perkongsian di Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan bahawa pertemuan membabitkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga bertujuan berkongsi idea berkaitan cara untuk menambah baik liga Malaysia, pembangunan belia dan bola sepak secara keseluruhan.

Turut mengiringi Tunku Ismail adalah pegawai bola sepak JDT sekali gus menyaksikan bakal berlaku perubahan dalam kelab Selangor kelak.

“Tujuan perjumpaan ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan antara Johor dan Selangor,” katanya.

Hubungan skuad Harimau Selatan dan Gergasi Merah seperti sedia maklum agak ‘panas’ terutama apabila Tunku Ismail sering mengkritik pentadbiran dan sistem bola sepak Selangor.

Apabila dua anak raja 'paling berpengaruh' bertemu

Namun, sebenarnya, pertemuan ini juga membuktikan di antara ‘bos besar’ sebenarnya tidaklah berbalah namun lebih kepada penyokong fanatik mereka yang sering mencetuskan sentimen pergaduhan.

Selain itu, pertemuan ini juga mungkin menjadi titik tolak kepada Selangor untuk mengadakan perubahan secara menyeluruh seterusnya kembali menjadi kuasa besar bola sepak di negara ini.

BACA:

Keadaan kesihatan Najib makin membimbangkan, kini ke Hospital Kajang

Pilot Helikopter yang hilang sejak semalam disahkan meninggal

Kehadiran Emran dan Nabila, Erra ke majlis kahwin DDNK jadi tumpuan

CATEGORIES