Apa motif dan keperluan Nikah online?

Apa motif dan keperluan Nikah online?

Kelmarin membaca laporan Awani, bagaimana sepasang pengantin dinikahkan secara online, Lagi pelik majlis pernikahan itu dihadiri oleh menteri Agama dan wakil Majlis Agama..kalau takat nak Selfie atau cari berita Populis.. lupakanlah..

Bila Siaran itu dilakukan live melalui Tv Al-Hijrah, Pasti yang hadir adalah kru produksi TV Al Hijrah.. Persoalannya apa motif dan keperluan Nikah online ? Lagi Malangnya, Pengantin lelaki dan perempuan hanya dalam jarak dan tempat yang dekat, Seorang di Setapak dan Seorang di Setiawangsa,,

Aku tahu, Menteri Agama cuma mahu meniru langkah UAE dan Kuwait membenarkan pernikahan secara online..kita kena faham..Ia hanya fatwa atau pandangan sebagai satu bentuk jalan keluar dan keringanan…bukan kemestian..

Biarpun begitu biarlah sesuai dengan keadaan, umpamanya Jarak tempat yang jauh yang mana terhalang pasangan lelaki dan perempuan untuk melepasi sempadan.. Kedua jika salah satu pasangan itu positif COVID-19..

Dari pada Menteri Agama, Pengarah JAWI datang semakkan rumah pengantin perempuan atau lelaki adalah Baiklah jika pernikahan itu dilakukan dengan kehadiran wali dan Saksi dalam keadaan jarak terkawal.. dengan Syarat, Pengantin.. Wali dan Ibu bapa sudah melepasi tempoh kuarantin 14 hari.. setidaknya buat saja seperti Perak, Nikah di Pejabat Agama, Selesai..

Kadang2 aku pelik dengan Masyarakat kita ni..berlebih lebih, sampai nak nikah duduk dalam luar pagar apehal.. Kita kena faham konsep Social Distancing ni.. penjagaan jarak..Apehal Menteri boleh, pegawai perubatan boleh duduk sekali,Menteri Agama boleh hadir rumah pengantin..Tapi Pengantin dan Ibu bapa tak boleh hadir dalam Majlis Pernikahan…tak perlu pun jabat tangan ketika lafaz akad Nikah…itu bukan Syarat Wajib..

Lagi pelik Menteri Agama boleh berjumpa dengan gerombolan kononnya ahli hadis semata mata nak bincang projek hadis..walhal ia bukan isu penting..Menteri boleh Bermesyuarat sekali dengan depa tanpa jarak dan perlindungan.. tapi gagah pergi nak nikahkan pasangan secara online..

Bila dalam keadaan Dharurat.. Setiap perkara itu diukur dari keadaan, dan persekitaran ukuran Dharurat itu.. cukuplah kita menghilangkan apa yang menjadi Dharurat itu..
dalam satu lagi kaedah fiqh disebut….

الضَّرُوْرَةُ تُقَدَّرُ بِقَدَرِهَا

“Darurat dihitung sesuai kadarnya.”

Tak perlu lah berlebih lebih..Lainlah pengantin itu dari luar Negara, atau luar negeri..Jangan lebih lebih macam Mufti Utara, Belum ada keputusan Pemerintah, dia dah awal awal kunci dan tutup pintu Masjid untuk Solat Jumaat.. sebabnya kononnya nak ikut negara Kuwait dan UAE.. 

Ipohmali

Sumber :