‘Apa Itu KELDAI WANG? Banyak ahli keluarga tanpa sedar jadi KELDAI WANG’

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Istilah “Keldai Dadah” sudah biasa kita dengar. Seseorang yang diminta oleh penjenayah untuk membawa barang (dadah)

ke suatu tempat kebiasaannya melintas sempadan negara sama ada melalui jalan darat, laut atau udara (kapal terbang).

Upahnya pula agak mengujakan dan mengaburi mata sesiapa yang inginkan wang mudah. Rakan penjenayah akan menunggu di lokasi apabila tiba.

‘Apa Itu KELDAI WANG? Banyak ahli keluarga tanpa sedar jadi KELDAI WANG’

Tetapi, jika ditahan pihak berkuasa, penjenayah tidak akan muncul untuk menuntut barang tersebut dan mangsa terkontang-kanting menjelaskan pada pihak berkuasa.

Besar kemungkinan mangsa boleh disabitkan kesalahan jenayah tersebut.

Apa Itu Keldai Wang ?

Keldai WangDalam situasi Keldai Wang ini, konsep yang hampir sama dengan Keldai Dadah, cuma mangsa tidak ditumpang membawa barang haram, tetapi mangsa atau akaun bank mangsa digunakan untuk menerima dan transit wang haram daripada hasil jenayah, sebelum wang tersebut diserahkan kepada penjenayah.

Apa itu keldai Wang ?

Akaun bank yang digunakan oleh orang lain tanpa disedari ataupun secara sukarela oleh pemilik akaun tersebut bagi mendapatkan habuan mahupun dengan cara penipuan untuk transaksi kewangan yang tidak sah atau menyalahi undang-undang.

Kumpulan Sasaran sindiket

Sindiket biasanya mendapatkan akaun keldai (juga dikenali sebagai akaun tumpang) ini dengan memperdaya golongan yang memerlukan pendapatan lebihan serta mempunyai tahap celik kewangan yang rendah.

Antara golongan yang sering menjadi mangsa termasuklah:

1. Suri rumah

2. Penganggur

3. Pelajar

4. Warga emas

Bagaimanakah orang terpedaya?

Mangsa mudah terpedaya dengan tawaran upah lumayan mencecah ribuan ringgit untuk membuka atau menyerahkan akaun bank bagi kegunaan pihak ketiga dan kebanyakannya ditawarkan upah oleh pihak sindiket sehingga melebihi RM1,000 sebulan untuk menggunakan akaun bank mereka.

Terdapat juga modus operandi yang menggunakan tawaran peluang pekerjaan sebagai cara bagi mendapatkan akses kepada akaun bank mangsa.

Mangsa dikehendaki menyerahkan butiran akaun bank termasuklah nombor PIN kad ATM sebagai syarat diterima bekerja dengan pihak sindiket akaun keldai.

Kononnya ,akaun Bank pekerja akan digunakan bagi tujuan transaksi duit hasil keuntungan dari jualan Syarikat . Dan mereka akan menerima upah sebanyak 10% dari setiap hasil keuntungan Syarikat tersebut.

Contoh” duit masuk ke akaun RM1000 ,upah dapat RM 100. Jadi RM 900 itu akan dipindahkan ke akaun Syarikat (satu lagi akaun keldai).

Malah, terdapat juga syarikat peminjam wang tidak berlesen (AHLONG TIDAK BERLESEN ) atau peminjam Wang tidak wujud (SCAMMER), yang memperdaya peminjam untuk menyerahkan akaun bank mereka sebagai cagaran pinjaman tersebut.atau bagi menguatkan bank statement peminjam.

Contoh mudah, mangsa akan diminta untuk POS KAD BANK melalui Currier ke satu alamat yang diberikan suspek (kedai makan /dobi/lobi hotel/kedai runcit) .

Suspek tidak akan membenarkan mangsa berjumpa dengan mereka supaya identiti mereka tidak terdedah.

Alasan yg digunakan suspek bagi memperdayakan mangsa ialah, mangsa diminta pos kad Bank supaya pihak mereka membuat beberapa transaksi Ke dalam akaun mangsa untuk mencantikkan statement bank .

Konon Nya,Supaya nanti bila Bank statement dah cantik, baru pinjaman diluluskan.

Tidak menyedari dirinya bakal menjadi mangsa keldai akaun,Mangsa kemudian bersetuju dan menggunakan perkhidmatan kurier untuk menghantar kad banknya dan kepada individu terbabit.

Suspek memberitahu proses untuk meluluskan pinjamannya akan mengambil masa kira-kira dua minggu dan mangsa akan menerima panggilan daripada pihak bank.

Namun pada hakikatnya, pihak sindiket menggunakan akaun bank mangsa sebagai akaun keldai.

Ada juga kes di mana mangsa diminta membuat akaun bank dan menyerahkan kad ATM, nombor pin dan juga akses perbankan internet kepada penjenayah dengan upah yang lumayan.

Mangsa menganggap tidak apa yang perlu dirisaukan kerana wang yang keluar masuk itu pun bukan miliknya, jadi cukuplah dengan upah yang mahal.

Tetapi silap, kerana setiap transaksi wang haram yang berlaku di akaun bank tersebut akan mensabitkan mangsa dengan jenayah kerana akaun bank tersebut atas nama mangsa.

Kenapa penjenayah gunakan Keldai Wang?

Dengan menggunakan Keldai Wang, penjenayah boleh menjadikan mangsa sebagai transit untuk memindahkan wang haram. Dengan cara ini, identiti penjenayah disembunyikan daripada mangsa penipuan dan pihak berkuasa.

Jika pihak berkuasa jalankan siasatan, mangsa keldai wang yang akan dipersalahkan dan disiasat. Untuk menjejaki penjenayah juga menjadi sukar kerana mereka tidak menggunakan akaun dengan nama sendiri.

Daripada mana wang tersebut datang?

Wang yang akan ditransit ke akaun keldai wang boleh berpunca daripada pelbagai sumber antaranya, penipuan atas talian, penipuan belian produk atau servis, penjualan barang atau servis haram, pemindahan atau penggubahan wang haram, pemindahan wang keluar masuk negara, pelbagai penipuan lain.

Antara penipuan terkini yang sedang aktif ialah, mangsa dihubungi oleh penjenayah, berlakon sebagai pihak bank dan polis kononnya mangsa terlibat dalam jenayah dan akaun bank mangsa menerima wang haram.

Mangsa diminta memindahkan wang tersebut ke akaun bank tertentu (dikatakan akaun polis, mahkamah, peguam dan sebagainya) untuk siasatan. Selepas siasatan selesai wang akan dipulangkan, tetapi tidak.

Dalam contoh di atas, “akaun bank polis, mahkamah, peguam” itu adalah akaun mangsa keldai wang. Seterusnya keldai wang akan menyerahkan wang tersebut kepada penjenayah atau melalui keldai wang yang lain bagi menyembunyikan lagi jejak penjenayah.

Ini juga modus modus bagaimana penjenayah dapatkan mangsa Akaun Keldai.

Banyak cara yang digunakan penjenayah. Kebanyakannya akan menawarkan upah atau hadiah yang lumayan kepada mangsa. Mangsa akan tertarik dengan tawaran yang diberikan kerana kerja yang mudah, tetapi upah yang tinggi. Antaranya:
KAWAN MAKAN KAWAN. !!

Berkenalan dan berkawan dengan mangsa, dan minta bantuan untuk tumpang memindahkan wang ke akaun mangsa .Kononnya akaun Bank suspek ada masalah yang Tak dapat diselesaikan.

Suspek akan berpura2 bahawa akaun mangsa ditumpang bagi tujuan bayaran gaji.Jadi suspek meminta bantuan untuk tumpang akaun mangsa Kononnya bagi memudahkan majikan suspek membuat bayaran gaji .

TAWARAN KERJA ONLINE (DROPSHIP) .!!

Tawaran kerja mudah sebagai ejen atau wakil pemindahan wang, menerima dan memindahkan wang dengan upah yang lumayan.

Tawaran kerja online, dilantik untuk mengurus dan menerima wang, (DROPSHIP) .kemudian anda diminta membuat bayaran kepada ‘pekerja’ lain(AGENT) atau kepada (Founder) pemilik syarikat pelanggan.

Contoh : pelanggan membuat bayaran kepada anda, anda kemudiannya memindahkan duit pelanggan ke akaun founder Syarikat (Syarikat palsu). Namun selepas beberapa hari, barangan yang dipesan pelanggan masih tidak dihantar.

Apabila anda bertanya kepada agent atau founder Syarikat, Syarikat sentiasa memberi pelbagai alasan. Akhirnya pelanggan membuat report polis Dan pihak Syarikat telah menghilangkan diri.

SALAH TRANSFER DUIT. !

Tersilap masukkan duit Ke akaun mangsa.

Suspek akan menghubungi mangsa kononnya berlaku kesilapan pindahan wang ke akaun mangsa dan minta dipindahkan semula ke akaun tertentu atau berjumpa untuk keluarkan tunai.

Penjenayah juga mungkin menggunakan identiti pegawai bank atau polis untuk mengarah mangsa membuat pindahan wang.
SILAP BAYAR LEBIH.!

Membeli produk atau servis daripada mangsa, membuat ‘kesilapan’ dengan membayar dengan jumlah yang besar dan meminta untuk pulangkan baki yang tersilap ke akaun tertentu.

Bagaimana mengelakkan diri daripada menjadi Keldai Wang?

Penjenayah akan sentiasa datang dengan cara baru bagi memerangkap mangsa. Jadi sentiasa peka berita dan maklumat terkini.

Jangan dedahkan maklumat bank dan maklumat peribadi lain.

Jangan menerima tawaran untuk bantu pindahkan wang ke akaun tertentu.

Jangan sesekali menyerahkan kad ATM, nombor pin dan akses perbankan internet anda kepada pihak lain.

Jika ada jumlah tertentu dimasukkan ke akaun bank tanpa anda tahu daripada mana, segera hubungi pihak bank untuk semakan.

Jika ada pihak hubungi anda katakan berlaku kesilapan pindahan wang, dan minta anda lakukan pindahan balik, jangan lakukan.

Segera hubungi pihak bank. Walaupun dia mengaku dia daripada bank tersebut, elakkan dan hubungi nombor bank yang betul atau terus pergi ke cawangan bank tersebut.

Jangan panik jika pihak ‘bank, polis, peguam’ dan lain-lain hubungi anda dan minta lakukan pindahan wang, langkah awal, kata anda ingin tamatkan panggilan dan buat semakan dengan bank atau polis di cawangan, penjenayah biasanya berkeras untuk anda segera lakukan pindahan.

Selepas tamatkan panggilan, terus hubungi bank anda melalui nombor yang betul untuk semakan atau terus ke cawangan bank.

Jangan abaikan mesej-mesej penting daripada pihak bank yang dipaparkan ketika menggunakan ATM dan perbankan internet.(JANGAN BERI TAC KOD ANDA KEPADA SESIAPA)

Paling penting, jangan mudah terliur dan termakan tawaran-tawaran mewah dan hadiah istimewa daripada individu tertentu hingga menyebabkan anda mengabaikan amaran-amaran yang disebutkan di atas.

Tambahan: Jangan gunakan Wifi ditempat awam untuk transaksi wang atau masukkan login/password ke akaun online.

Mengesyaki sesuatu? Anda mungkin mangsa KELDAI AKAUN??

Segera ke cawangan bank untuk disemak. Biar tindakan dilakukan oleh pihak bank sendiri.

Jika berlaku kecurian/kehilangan barang peribadi seperti dompet dan telefon bimbit, jangan abaikan. Segera tutup akses penting seperti kat kredit/debit.

Jika individu tertentu menghubungi anda untuk melakukan pindahan wang yang tidak diketahui, laporkan kepada pihak bank dan pihak polis.

Tanggungjawab Sebagai Pemegang Akaun Bank.

Setiap pemegang akaun bank bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa jua transaksi dan maklumat perbankan peribadi mereka. Pemegang akaun tidak sepatutnya mendedahkan atau berkongsi apa jua maklumat perbankan peribadi dengan orang lain.

Juga, pemegang akaun tidak seharusnya memberi maklumat perbankan peribadi mereka sewenang-wenangnya untuk apa-apa tujuan sekalipun, walaupun untuk tujuan permohonan pekerjaan mahupun pinjaman dengan mana-mana pihak.

Selidik terlebih dahulu latar belakang dengan siapa kita berinteraksi.

Implikasi terhadap pemegang Akaun Keldai.

Sekiranya seseorang terjebak menjadi pemegang akaun keldai, individu tersebut boleh disekat daripada menggunakan akaun bank tersebut dan akaun berkenaan boleh ditutup oleh pihak bank.

Individu tersebut akan mengalamai kesukaran berurusan dengan bank di masa hadapan.

Malah, pemegang akaun keldai akan disabitkan dengan kesalahan jenayah sekiranya terbukti dengan sengaja atau tidak sengaja menjadikan diri alat untuk penjenayah melakukan transaksi serta akan dituduh menyokong aktiviti penjenayah yang menyalahi undang-undang.

Anda akan disabitkan kesalahan di bawah (seksyen 420 Kanun keseksaan),(seksyen 411 kanun keseksaan) dan seksyen 424 kanun keseksaan).

Antara implikasi lain termasuklah:

– Kesukaran untuk menerima pendapatan seperti gaji bulanan melalui akaun bank

– Kemungkinan kehilangan perkerjaan yang sedia ada atau sukar mendapat peluang pekerjaan lain

– Kesukaran untuk menjalankan perniagaan memandangkan reputasi telah tercemar

Justeru itu, amatlah penting untuk orang ramai mengelakkan diri daripada membiarkan pihak sindiket menggunakan akaun bank mereka sebagai akaun keldai.

Pesanlah kepada rakan taulan dan sanak saudara supaya kita tidak terjebak dengan akaun keldai ini sama sekali.

Share Posting ini supaya ahli keluarga anda tidak terjebak dengan sindiket keldai Akaun.

BACA :‘Aku simpan foto seorang model atau pelakon. Kalau nak makan je, aku akan keluarkan gambar tu..’