Apa itu hidup dalam endemik? Ini penjelasan Doktor Pakar

Apa itu hidup dalam endemik, Ini penjelasan Doktor Pakar.Rakyat perlu diberi pendedahan dan maklumat mengenai kehidupan norma baharu menjelang peralihan negara ke fasa endemik nanti.

Jelas Pakar Kesihatan Awam dan Pengarah Selangor Task Force Operation of COVID-19 (STFCO) Dr Mohammad Farhan Rusli, perkara itu penting ketika lebih banyak sektor akan dibuka terutama di Negeri Selangor yang akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Jumaat.

“Kalau kita cakap pasal endemik ini sebenarnya, sepatutnya endemik mengikut negara tapi kita boleh kecilkan mengikut negeri. Kalau orang tanya endemik ini apa, cuba ingat denggi ataupun demam campak, itu sesuatu seperti endemik.

“Kita dah belajar dan mengambil maklum virus akan sentiasa berada dengan kita, tetapi penting kes ini tidak lagi masuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tidak lagi mati akibat COVID-19.

“Walaupun begitu akan ada juga kumpulan yang akan mati kerana COVID tapi sama seperti denggi, ada laporan setiap tahun ada kematian. Jadi COVID-19 akan jadi macam itu apabila kita katakan ia sesuatu endemik,” katanya ketika ditemubual Astro AWANI pada Khamis.

Justeru Dr Muhammad Farhan berkata rakyat perlu memahami situasi sebenar keadaan endemik yang akan dilalui termasuk cara hidup bersama virus COVID-19 selain prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan.

“Kita faham apabila kita hidup dengan endemik seperti denggi, kita tidak pernah tengok sekolah tidak buka sebab denggi. Satu negeri itu tidak ada satu sekolah tidak buka, tetapi COVID pula ada cara lain.

“Jadi perkara ini rakyat masih tidak faham, apa bezanya endemik apa beza dengan Fasa 3 dan 4. Itu sebenarnya kita harus beri perincian lebih khusus, sebenarnya apabila kita katakan endemik, kita harus (lihat contoh) seperti di United Kingdom (UK), dimana stadium telah penuh dan restoran dibuka.

“Jika ada peningkatan kes atau kluster di sesuatu tempat, apakah peranan akan dilaksanakan semasa endemik ini telah dijalankan? Itu jurang yang masih kurang faham apabila kita katakan endemik ini, apa sebenarnya mereka ingin laksanakan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa rakyat perlu bersedia untuk hidup dalam norma baharu apabila negara beralih ke fasa endemik.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pula berkata bahawa negara dijangka bakal memasuki fasa endemik pada Oktober depan selepas 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rakyat-perlu-diberi-pendedahan-maklumat-bagaimana-hidup-dalam-endemik-dr-farhan-318847

BACA: Terkini !!! Sumber dalaman dedah kelonggaran rentas negeri bakal diumum dalam masa terdekat

CATEGORIES