‘Apa cerita Azri dan Dato Azra ni? Tak jadi kahwin ke?’

‘Apa cerita Azri dan Dato Azra ni? Tak jadi kahwin ke?’. Sudah hampir menjengah ke tahun baharu 2023, netizen nampaknya masih menantikan foto-foto perkahwinan di antara pelakon dan pengarah Azri Iskandar dan kekasihnya Azra.
Menjengah ke satu portal forum hiburan, persoalan sama ada Azri Iskandar benar-benar akan bernikah pada hujung tahun ini dibangkitkan semula oleh netizen.
Kata mereka, masih tiada kad perkahwinan diuar-uarkan kepada peminat apatah lagi bayang kekasih hati bekas suami kepada Elly Suriati itu.
Malah, ada yang menuduh Azri mempunyai masalah sakit jiwa dan kekasihnya itu hanyalah bayangan palsu semata-mata.
Dah masuk Disember, agaknya Azra Azri sedang hitung hari bahagia kot.
Mungkin juga Azri Iskandar dan kekasihnya itu sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan. Apa-pun kita tunggu sajalah ya!