Apa beza Paulsen yang kritik institusi Islam dengan Wee Ka Siong?

Apa beza Paulsen yang kritik institusi Islam dengan Wee Ka Siong?

ERIC PAULSEN TAKDA BEZA DENGAN WEE KA SIONG..

Seminggu ini heboh erita Eric Paulsen yang dilanting Perunding komunikasi oleh Saifuddin Abdullah kerana didakwa sebagai anti Islam.. Aku secara perbadi tak bersetuju jika merujuk Eric Paulsen sebagai anti Islam biarpun kita tak bersetuju dengan dia…

Dia mungkin Jahil.. dan tak sesuai dilantik sebagai anggota pentadbiran Kerajaan kerana tak reti menghormati perbezaan pandangan dan perbezaan Agama….Tapi tak mudah kita nak tafsir dia anti Islam,

Kritikan kepada Mufti, kepada Jakim, Kepada Extremist Agama bukan perbuatan yg kita boleh tafsir anti Islam kerana ia pernah dilakukan pemimpin PAS dan MCA sendiri.. melainkan dia jelas menghina Quran dan Nabi…Dulu Ulama PAS pernah kata, Mufti makan Duit haram..Duit Judi..Duit babi.. Bukan kah lebih teruk penghinaan Ulama PAS itu..

Tapi itulah bani melayu.. Kita sensitif bila Agama kita diusik bukan Islam..tetapi tidak sensitif dengan menghina Agama lain sama seperti Mufti dibelah Utara dan pendakwah dikalangan Pentaksub Zakir Naik..

Kalau nak ikutkan Tweet Eric Paulsen, Kalau nak kumpul Penghinaan MCA dengan membeli siaran Iklan akhbar Cina dan The Star berjuta ringgit..jauh lebih banyak penghinaannya.. Cuma kenapa mereka Diam.. Sekarang MCA adalah rakan mereka..Jadi Dalil dan musuh mereka berpilih pilih..

Kalau Eric Paulsen dinilai dgn rekod silam dia..Kenapa tidak pemimpin MCA yang satu pejabat dengan Menteri PAS hari ini ?

Bayangkan Menteri PN hari ini dari MCA, Wee Ka Siong juga mengkriik dan memainkan sentimen anti Jawi.. secara terang beraksi menghina Hudud dengan sepanduk mereka… Begitu juga Timbalan Pendidikan hari ini, iaitu Dr Mah Han Soon.. Yang jelas dalam Akhbar Cina menentang jawi..

Malah Timbalan Menteri takiri sendiri, Wee Jeck Seng.. Dalam PRK tanjong Piai, Bukan saja menentang Jawi..Apa yang dia tulis dalam Facebook peribadi dia dihari terakhir kempen ? Ini tulisan dia menghasut pengundi Cina..

” ” Adakah kita nak khat Jawi? Adakah kita nak Himpunan Maruah Melayu? Adakah kita nak DAP terus berdiam diri ? Apakah kita mahu sokong Tun M yang Rasis.. ”

Jadi berhentilah jadi retorik.. ya, ada bukan Islam tidak pandai menghormati Agama lain, Sebagaimana juga sikap pendakwah,Anak buah Zakir naik dan Mufti Utara yang menghina Agama dan sembahan agama lain..

Apa yang nak kita harapkan penghormatan dari bukan Islam, Jika Agamawan,Mufti , Asatizah dan Agamawan dari kalangan Islam sendiri menghina Agama lain.. 🙂

Ipohmali

Sumber:

COMMENTS