Apa beza Maybank2u dan MAE? Macam sama je, ini jawapannya

Oleh INFORAKYAT

Apa beza Maybank2u dan MAE? Macam sama je, ini jawapannya. Walaupun dah lama diperkenalkan,

sebenarnya masih ramai yang tak tahu apa beza antara aplikasi MAE dengan Maybank2U kan?

MAE atau nama panjangnya Maybank Anytime, Everyone merupakan satu aplikasi yang menawarkan sokongan dompet digital untuk mudahkan lagi transaksi online pengguna.

Apa beza Maybank2u dan MAE? Macam sama je, ini jawapannya

Dengan MAE, pengguna boleh mengelakkan daripada terlebih berbelanja kerana ia boleh asingkan penggunaan wang daripada akaun biasa.

Walaupun tak ada akaun Maybank, pengguna tetap boleh mendaftar dan menggunakannya. Hanya perlu imbas kad pengenalan masa pendaftaran dan akaun akan diaktifkan serta merta.

Berbeza dengan akaun Maybank2U, MAE menawarkan ciri-ciri yang memudahkan lifestyle pengguna antaranya boleh Split Bills kalau korang pergi ‘group party’. Melalui MAE juga, ada food delivery dan fungsi keselamatan tambahan iaitu Secure2U.

Tapi keduanya masih ada fungsi sama seperti nak buat transaksi, bayar bil dan tambah nilai okey?

BACA: 

Ingatkan orang lain rupanya kawan baik Shila Amzah zaman sekolah ‘penyondol’ rumah tangga ND Lala?

Tular video parti ‘liar’ Mia Sara tengah bulan Ramadan? Siap tanggal tudung! Lain pula netizen perasan