Anwar tetap jadi taruhan utama Amanah dan Dap untuk rebut kembali Putrajaya

Anwar tetap jadi taruhan utama Amanah dan Dap untuk rebut kembali Putrajaya

Amanah dan DAP hari ini mengeluarkan kenyataan bersama yang nampaknya merupakan usaha untuk meminta PKR meneruskan usaha merebut kembali Putrajaya di tengah-tengah kebuntuan politik yang berpanjangan.

Kedua-dua parti itu berkata selama berbulan-bulan, mereka tanpa lelah bertindak sebagai jambatan di tengah hubungan dingin antara pemimpin PKR dan kem Bersatu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad, yang turut didukung Warisan.

Mereka menegaskan idea bahawa Presiden PKR Anwar Ibrahim atau Presiden Warisan Shafie Apdal sewajarnya berpeluang menjadi calon perdana menteri, manakala gabungan besar yang terdiri daripada PKR, Amanah, DAP, Warisan dan Bersatu kem Mahathir perlu diteruskan

Kenyataan bersama itu mengekalkan nada diplomatik dan berulang kali menekankan Amanah dan DAP tidak akan meninggalkan Anwar.

Bagaimanapun, DAP dan Amanah pada masa yang sama menolak pendirian PKR tanpa kompromi bahawa hanya Anwar sahaja yang sepatutnya menjadi satu-satunya calon perdana menteri untuk gabungan pembangkang.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dalam kenyataan bersama berkata isu calon perdana menteri tidak boleh menjadi halangan kepada PH Plus untuk menguasai semula Putrajaya.

Kenyataan bersama Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), pada 27hb Julai 2020

“Jalan ke depan ialah dengan memberikan peluang pertama kepada Datuk Seri Anwar dan sekiranya beliau gagal, Datuk Seri Shafie wajar diberikan peluang yang serupa; kedua-duanya dengan berasaskan sokongan kukuh 109 orang Ahli Parlimen.”

Sejak Langkah Sheraton oleh bekas Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan yang telah mengkhianati mandat rakyat pada pilihan raya 2018, parti Amanah dan DAP telah bekerja untuk memulihkan semula mandat tersebut; menjadi jambatan bagi kelima-lima parti pembangkang yang membentuk Pakatan Harapan Plus.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/536282

COMMENTS