Anwar telah cukup tunjukkan bukti pengorbanan beliau pada PH

Anwar telah cukup tunjukkan bukti pengorbanan beliau pada PH

BIARLAH MUNASABAH, TUN TIDAK BOLEH JADI PM SAMPAI TIGA KALI

Seringkali ada yg menulis, Tun dengan Anwar mesti berbaik dan bersatu jika mahu ambil kembali mandat rakyat dari kerajaan pintu belakang.

Saya tidak nampak bagaimana lagi Anwar mahu tunjukkan bukti dia terlalu baik bahkan terlebih baik dengan Tun? Tun mahu sertai PH, Anwar terima. PH mahu angkat Tun jadi Pengerusi walaupun partinya waktu itu masih bayi, Anwar terima. PH mahu namakan Tun sebagai PM ke 7 sekiranya PH menang di dalam PRU14, Anwar tiada masalah. Setelah menang, Tun sendiri kata, beliau mahu jadi PM hanya untuk dua tahun, Anwar ok saja.

Kemudian, Tun kata lagi mahu terus jadi PM sehingga masalah ekonomi stabil, Anwar tiada bantahan. Berkata lagi Tun bahawa beliau mahu jadi PM sehingga selesai APEC, Anwar tidak pernah bantah dan setuju saja. Tun rasa tidak perlu letakkan tarikh bila beliau mahu letak jawatan dan serah kepada Anwar, walaupun ramai pimpinan PH tidak setuju, namun Anwar setuju.

Sampai ke peringkat akhir sebelum kerajaan PH ini tumbang angkara pengkhianatan, Anwar salah seorang yang tandatangan sokong Tun jadi PM semula selepas dia letak jawatan. Apa lagi kerjasama yang patut Anwar berikan kepada Tun?

Apakah wajar kita salahkan Anwar dan asak beliau ke dinding? Cuba fikir dengan hati terbuka, di saat ini seharusnya siapa yang perlu berikan kerjasama dan buang sikap ego, Tun atau Anwar? Siapa pula yang sepatutnya berkorban waktu ini setelah Anwar terlalu banyak berkorban demi mempertahankan PH?

Apakah kerjasama itu bermaksud Anwar perlu serahkan segalanya kepada Tun? Pada saya, Anwar telah langsaikan hutangnya. Tun kini masih berhutang dengan Anwar dan rakyat yang menyokong PH pada PRU14 dahulu. Rakyat telah beri peluang kepada Tun untuk menjadi PM kali kedua. Jangan memaksa rakyat terima Tun untuk menjadi PM kali ketiga. Biarlah munasabah, wahai Tun.

WFAUZDIN NS

Sumber :

COMMENTS