Anwar ketawa besar wakil rakyat lompat parti sokong akta

Anwar ketawa besar wakil rakyat lompat parti sokong akta

Anwar ketawa besar wakil rakyat lompat parti sokong akta. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim lega dengan kelulusan Rang Undang-undang (RUU) anti-lompat parti yang mendapat sokongan 209 undi termasuk daripada Ahli Parlimen yang melompat parti, walaupun ia dilihat melucukan.

“Saya bersyukur kerana persefahaman menetapkan mesti ada usaha meluluskan RUU anti-lompat parti atau dengan istilah yang lebih tepat, iaitu anti khianat, belot, menipu rakyat.

“Tapi yang melucukan semalam, daripada 209 undi termasuk pendirian PH tersebut, orang-orang yang bersekongkol dalam pengkhianatan dan katak-katak, orang yang dianggap melompat parti pun turut mengundi, jadikan suatu perkara yang agak lucu tetapi menyenangkan,” katanya di Facebook.

Anwar ketawa besar wakil rakyat lompat parti sokong akta

Beliau menyifatkan kelulusan itu sebagai kemenangan kepada rakyat dan berharap langkah itu dapat mengembalikan keyakinan rakyat selepas mandat mereka dikhianati katak-katak politik.

Semalam, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan RUU anti-lompat parti melalui undi belah bahagi selepas bacaan ketiga.

RUU itu diluluskan selepas perbahasan selama dua hari membabitkan 54 Ahli Parlimen.

Semasa undi belah bahagi terhadap RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, 209 Ahli Parlimen mengundi menyokong dan 11 lagi tidak hadir.

BACA:

Lelaki penggal dan bawa kepala isteri ke balai polis, dakwa wanita itu main kayu tiga

Siar berita kematian Tan Sri Khalid Ibrahim, ini respon lidah rasmi milik Pas

CATEGORIES