Anwar Ibrahim jawab macam mana kerajaan boleh jimat kos perjalanan PM cecah 80%!

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Sekitar 70 hingga 80 peratus kos yang dibelanjakan untuk perjalanan dan lawatan rasmi Perdana Menteri

Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima negara baru-baru ini ditanggung oleh syarikat swasta yang turut menyertai urusan tersebut.

Anwar menjelaskan bahawa ini adalah pendekatan baru di bawah pentadbirannya untuk memastikan

Perbelanjaan lawatan rasmi ke luar negara diuruskan dengan cara yang lebih cekap dan berhemah.

Menurut beliau, syarikat yang membantu menanggung kos perjalanan beliau adalah syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan perniagaan dan pelaburan di Malaysia.

Anwar Ibrahim jawab macam mana kerajaan boleh jimat kos perjalanan PM cecah 80%!

“Lawatan kali ini dijalankan dengan cara yang berbeza kerana saya sedar kos perjalanan sering kali tinggi. Oleh itu, kali ini kami bekerjasama dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,” ujar beliau.

Anwar memaklumkan bahawa syarikat-syarikat besar seperti PETRONAS, Sapura Energy, Yinson, PROTON dan syarikat semikonduktor turut mengikuti lawatan rasmi itu. Syarikat-syarikat tersebut membiayai tambang dan kos perjalanan mereka.

“Jadi, boleh dikatakan sekitar 70 hingga 80 peratus kos penerbangan ditanggung oleh syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan pelaburan dan perniagaan di negara ini. Kerajaan pula membantu syarikat-syarikat ini dalam aspek import dan eksport,” katanya.

Anwar menambah bahawa walaupun jumlah kos sebenar masih belum diperincikan, perjalanan yang melibatkan banyak negara tersebut pasti menelan belanja yang tinggi, memandangkan lawatan tersebut meliputi destinasi jauh seperti Kuala Lumpur ke Kaherah, Riyadh, Lima, Rio de Janeiro dan Doha.

“Memang perjalanan ini melibatkan tiga benua, tetapi sekitar 75 peratus kos ditanggung oleh syarikat-syarikat tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dalam sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Anwar telah mengadakan lawatan rasmi ke China dari 4 hingga 7 November atas jemputan rakan sejawatnya, Li Qiang, untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE ke-7) di Shanghai.

Selepas itu, Perdana Menteri mengadakan lawatan ke Mesir, Arab Saudi, Peru, dan Brazil bermula 9 November sehingga kelmarin.

Lawatan selama 11 hari ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengukuhkan kerjasama strategik serta menjana peluang pelaburan besar bagi Malaysia.

Dalam lawatan tersebut, Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 di Peru dan Sidang Kemuncak G20 di Brazil.

BACA: Dah macam kelab bola sendu! Staf dedah RTM culas bayar gaji