Anwar ditanya soalan panas sewaktu Live, ini jawapan Anwar !!!

Anwar ditanya soalan panas sewaktu Live, ini jawapan Anwar !!!

Dalam siaran LIVE bersama DSAI sebentar tadi, ada beberapa soalan netizan yang dijawab oleh DSAI.

Muncul satu soalan yang menarik apabila seorang anak muda bertanya kepada DSAI dengan persoalan, kita dah tahu politik itu kotor, jijik dan tidak bermoral, mengapa kita terjun ke bidang politik? Lebih kurang begitulah yang ditanya..

Maka DSAI menjawab dengan mengakui minat atau kepercayaan orang muda khasnya kepada politik tidak begitu membanggakan. Hal ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi di Amerika Syarikat dan eropah juga, di mana golongan muda kurang minat dan ghairah dengan politik.

Bagaimanapun begitu kata DSAI, politik perlu terus diperjuangkan (berpolitik) untuk membolehkan kita merealisasikan politik yang dicita-citakan, seperti reformasi sistem, mengangkat martabat rakyat dan sebagainya.

Ia tidak boleh dibiarkan atau pun tidak dipedulikan, kerana kalau dibiarkan politik (kekuasaan) akan terus dikuasai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, tidak bermoral atau khianat.

Keadaan itu tidak boleh dibiarkan, ertinya politik dan negara ini tidak boleh dibiarkan kepada golongan yang jahat dan korup. JIka kita undur, jika kita biarkan atau tidak mempedulikan, maka politik dan negara akan dikuasi oleh mereka.

DSAI setuju memang akan ada masalah, tetapi kita tidak ada pilihan.. Kalau mau pertahan prinsip, bela nasib rakyat, mahu banteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, maka jalannya ialah masuk jentera politik dengan prinsip dan akhlak.

Kita mesti merempuh masuk dalam gelanggang perjuangan, pertahan yang hak dan benar, menolak kezaliman dan penindasan, berani pertahankan yang benar, tidak bersekongkol dengan rasuah, penyelewengan apatah lagi penghianatan..

Justeru itu, tepuklah dada tanya jiwa, apakah mauduq kita terjun ke medan politik ini, jika bukan demi memastikan negara ini tidak dikuasai oleh PetualaNg (yang sedang berbahagi harta)..

Ok for the record, the last paragraph was my own word..