Anwar Cadang Tun M Sebagai PM, Selesai Kemelut Jadi Keutamaan

Anwar Cadang Tun M Sebagai PM, Selesai Kemelut Jadi Keutamaan

Selama ini, Anwar Ibrahim dilempar macam2 tuduhan, tamak kuasa, gopoh, gelojoh dan sebagainya. Namun hari ini, kita sedar siapa yang sebenarnya tamak kuasa, gopoh dan gelojoh.

Demi merampas kuasa dari kerajaan Pakatan Harapan yang mendapat mandat Rakyat, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di bawah Muhyiddin Yasin dan Azmin Ali sanggup bekerjasama dengan gabungan yg rakus dan korup. Gabungan ini akan sebabkan ‘trust deficit’ yang sangat besar terhadap kerajaan, kerana ingatan rakyat masih segar tentang korupsi dan penyelewengan di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang terdahulu.

Anwar Ibrahim tetap sedar hakikat bahawa beliau hanya seorang manusia, dan lebih fokus kepada perancangan besar negara – bahawa keperluan dan kepentingan kita bersama jauh lebih penting daripada apa-apa cita-cita peribadi atau parti.

Beliau akur dan menerima bahawa tindakan untuk memudahcarakan Tun Dr Mahathir dan rakan-rakan dari parti yang lain untuk meneruskan agenda reformasi itu adalah tindakan paling tepat buat masa ini. Ini bukan masa untuk bicara tentang perbezaan politik, khususnya kini negara kita menghadapi cabaran besar dalam kemelut ekonomi dan krisis virus Covid-19 ini.

Namun,hasil daripada perbincangan hari ini, kesepakatan mengenai peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas persidangan APEC 2020 dengan kadar segera, akan tetap dipatuhi. Ini selaras dengan persetujuan Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari 2020

Faktor terpenting perkembangan pagi ini ialah golongan yang sanggup untuk bersengkokol dengan individu tidak beretika, khianat dan toleransi terhadap kleptokrasi kini sudah dikenalpasti dengan jelas, dan kini tiada lagi dalam barisan kepimpinan negara.